home Dunia Islam AKP menang besar dalam pilihan raya ulangan Turki

AKP menang besar dalam pilihan raya ulangan Turki

12187821_1167446746602753_223470274609733438_n

 

Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang dipimpin oleh Ahmet Davutoglu berjaya memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya Parlimen negara itu semalam.

AKP berjaya mendapat undian majoriti sebanyak 49.4 peratus sekaligus membolehkannya menubuhkan kerajaan sendiri.

Agensi berita Anadolu melaporkan AKP memenangi 316 kerusi daripada 550 kerusi keseluruhan, melebihi jumlah yang cukup untuk membentuk kerajaan iaitu 276 kerusi.

Parti Rakyat Republik (CHP) berada di kedudukan kedua dengan undi sebanyak 24.68 peratus dan memenangi 134 kerusi.

Ia diikuti oleh Parti Rakyat Demokratik (HDP) yang mendapat 56 kerusi manakala Parti Gerakan Nasional mendapat 41 kerusi.

Peratusan keluar mengundi adalah 87.11 peratus.

AKP mula berkuasa pada 2002 sebelum memenangi pilihan raya pada tahun 2007 dan 2011.

Pada pilihan raya 7 Jun lalu, AKP tidak berjaya menubuhkan kerajaan sendiri setelah mendapat 259 kerusi.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2015/11/akp-menang-besar-dalam-pilihan-raya-ulangan-turki/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *