home Dunia Islam Krisis Palestin : Kebangkitan rakyat menuju Intifadah Ketiga

Krisis Palestin : Kebangkitan rakyat menuju Intifadah Ketiga

12141791_1158161954197899_4804170692228470430_n

 

KRISIS PALESTIN : KEBANGKITAN RAKYAT MENUJU INTIFADAH KETIGA

Semboyan Intifadah Ketiga dengan nama Intifadah Al-Quds telah ditiupkan oleh Ismail Haniyeh dan jurucakap Hamas, Mushir Al-Masri, di satu perhimpunan kebangkitan rakyat Palestin[1]. Intifadah ini merupakan siri intifadah terbaru semenjak intifadah kedua yang berakhir pada tahun 2005. Namun, Intifadah kali ini menjanjikan kebangkitan umat Islam yang lebih hebat dan holistik.

Intifadah merupakan titik kebangkitan umat Islam Palestin menentang penindasan dan rampasan tanah Al-Quds yang mulia semenjak tahun 1948.Intifadah merupakan kata asal dari bahasa arab yang bererti “kebangkitan” dan disini dapat dilihat sebagai kebangkitan umat Islam Palestin menentang penjajahan Israel.

Intifadah yang pertama bermula pada tahun 1987 dan kemudian diikuti intifadah kedua pada tahun 2000 kini intifadah memasuki fasa terbaru semenjak kebangkitan hebat Hamas dan rakyat Palestin.

Peningkatan drastik kekuatan Hamas dan tentera sayap mereka,Briged Izz Ad-Din Al-Qassam didikan Allahyarham Syeikh Ahmad Yassin mendatangkan kegerunan di dalam hati tentera Zionis.Tebing Barat dan Gaza menjadi medan pertempuran diantara rakyat Palestin dan Israel.

Pembunuhan demi pembunuhan insan yang tidak berdosa oleh tentera Israel semakin menjadi-jadi[2],tanpa mengenal umur atau jantina[3].Kebelakangan ini kematian rakyat palestin meningkat dengan kelulusan pengunaan peluru hidup oleh Benjamin Netanyahu bagi menyekat kemaraan rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.[4]

Pada Intifadah yang pertama angka kematian rakyat palestin seramai 2,044 orang dan beribu ditahan dan diseksa secara kejam. Pada intifadah kedua pula angka kematian mencecah 3,354 orang rakyat palestin dan beribu lagi yang ditahan.Pada Intifadah Al-Quds kali ini bagi bulan oktober ini sahaja, seramai 27 orang rakyat palestin telah dibunuh secara kejam oleh tentera Israel, seramai 1400 orang cedera manakala lebih 400 yang ditahan.7 dari yang terbunuh merupakan dari golongan kanak-kanak.[5]

Kekejaman Israel ini tidak sepatutnya dibiarkan berterusan namun masih disenyapkan media barat dan pro-Israel.

Retorika Rusia-Israel-US-Iran dan Kuasa Negara Islam

Penglibatan Rusia dan US (yang merupakan sekutu rapat Israel) di Syria merupakan satu retorika permainan kedua-dua belah pihak sedangkan medan utama mereka adalah bagi mengekang sebarang kemaraan atau kekuatan umat Islam di bumi Syam dan Timur Tengah. ISIS pula merupakan patung Amerika Syarikat dalam peperangan ini manakala ISIS juga merupakan patung bagi membolehkan Rusia terlibat di Timur Tengah.

Penglibatan Rusia juga sebagai helah bagi mengaut kekayaan minyak serta meningkatkan harga minyak global[6]

Kekuatan Rusia dan Amerika menyebabkan kebanyakan negara Islam tidak mampu bertindak kerana risau akan serangan dari kedua-dua blok besar dunia itu.Kedatangan Rusia ke Timur Tengah menutup jalan bantuan bagi mana-mana negara Islam untuk menghantar bantuan.

Turki pula masih dilanda kemelut politik dalaman yang masih tidak selesai dan gangguan oleh pihak kurdi sekular di Turki sedikit sebanyak semakin memburukkan keadaan. Puak Kurdi di Turki mendapat sokongan kuat dari puak Kurdi di sempadan Syria sekaligus membuatkan Turki sentiasa berjaga-jaga di dalam negara sendiri.

Semenjak kejatuhan Presiden Morsi,Al-Sisi mengambil langkah menjalinkan kembali hubungan rapat dengan Israel dan Amerika dan kini menjadi boneka Israel.Beliau juga telah menutup dan membanjirkan terowong Rafah dengan air yang menjadi pintu utama rakyat Palestin melintasi sempadan Gaza-Mesir.

Umat Islam tidak boleh tertipu dengan permainan Iran-Israel-US kerana mereka mempunyai pakatan mereka bagi memegang kuasa di Timur Tengah dan menguasai umat Islam di seluruh dunia[7]. Iran tidak lain tidak bukan merupakan boneka Israel bagi mengukuhkan kedudukan Israel di rantau Timur Tengah. Umat Islam tidak boleh tertipu dengan usaha-usaha sekutu Israel ini.

Laungan Iran bahawa mereka akan memerangi Israel hanyalah laungan penipuan oleh Iran bagi mendapatkan kepercayaan umat Islam di serata dunia dan mengaburi pakatan mereka bersama Israel.

Malaysia merupakan diantara negara yang masih tidak henti memberi bantuan serta lantang menentang penjajahan Israel.Pelbagai jenis bantuan terus-menerus disalurkan kepada rakyat palestin melalui badan-badan NGO. Sokongan tidak henti dari rakyat Malaysia seharusnya tidak disunyikan malah sepatutnya bertambah kuat. Masyarakat Palestin memandang tinggi Malaysia dan rakyatnya dan mengharapkan Malaysia sebagai tunjang utama membantu rakyat Palestin.

Rakyat Malaysia serta kerajaan perlu lebih agresif membantu rakyat Palestin.

Pertentangan di antara Aqidah

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنْ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنْ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنْ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ

“Orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan sesekali meredhai kamu sehingga kamu mengikut agama mereka. Sesungguhnya hidayah Allah itulah hidayah yang sebenar,dan jika engkau mengikut hawa nasfu kamu setelah datang ilmu yag sebenar, maka tiada lagi pelindung dan penolong yang dapat melindungi engkau dari azab Allah” (Al-Baqarah:120)

Intifadah Palestin

Peristiwa yang berlaku diantara umat Islam dan Yahudi kini bukanlah hanya perlu dilihat dari segi konteks kemanusiaan akan tetapi sebagai orang Islam, perkara ini adalah pertentangan yang jelas merupakan pertentangan aqidah dari segi intisari dan hakikat berdasarkan firman Allah diatas. Mereka(Yahudi Zionis) cuba mengubah bendera(agenda) perjuangan mereka. Mereka tidak mengisytiharkan perjuangan di atas nama aqidah sedangkan perjuangan aqidah itulah yang menjadi agenda mereka.Namun seandainya wujud semangat cintakan Islam, maka kebangkitan Intifadha ini bakal mendatangkan kegerunan yang amat ke dalam hati-hati musuh Islam di seluruh dunia.[8]

Peranan Umat Islam

Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah :

عَنِ ابـْنِ عَبَّاسٍ رض قَالَ: اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ ص خَطَبَ النَّـاسَ فِى حَجَّةِ اْلوَدَاعِ، فَقَالَ: اِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ يَـئِسَ اَنْ يُـعْبَدَ بِاَرْضِكُمْ وَ لكِـنْ رَضِيَ اَنْ يُـطَاعَ فِـيْمَا سِوَى ذلِكَ مِمَّا تَحَاقَـرُوْنَ مِنْ اَعْمَالِكُمْ فَاحْذَرُوْا. اِنـِّى قَدْ تَـرَكْتُ فِـيْكُمْ مَا اِنِ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ فَـلَـنْ تَضِلُّـوْا اَبـَدًا. كِـتَابَ اللهِ وَ سُنـَّةَ نَـبِـيِّهِ. الحاكم

Dari Ibnu Abbas RA, ia berkata : Bahawasanya Rasulullah SAW pernah berkhutbah kepada orang banyak dikala hajji wada’, beliau bersabda : “Sesungguhnya syaitan telah berputus asa bahawa ia akan disembah di tanahmu ini, tetapi ia puas ditaati pada selain demikian yaitu dari apa-apa yang kalian anggap remeh dari amal perbuatan kalian. Maka hati-hatilah kalian. Sesungguhnya aku telah meninggalkan untuk kamu sekalian apa-apa yang jika kamu sekalian berpegang teguh kepadanya, niscaya kalian tidak akan sesat selama-lamanya, yaitu : Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya”. [HR. Al-Hakim]

Berdasarkan hadis ini,jelas umat Islam perlu kembali memposisikan diri dengan berpegang teguh dengan al-quran dan sunnah seperti sabda baginda S.A.W dan menolak segala anasir barat yang merosakkan fikrah,jati diri, aqidah umat Islam.Umat Islam perlu bersatu hati dalam menolak anasir-anasir ini dan bangun dari tidur yang lena.

Penggunaan media sosial sepatutnya digunakan bagi manfaat umat Islam seperti menyebarkan kebobrokan Israel dan Amerika Syarikat di serata dunia serta mencelikkan isu aqidah ini yang masih samar-samar di mata umat Islam seluruh dunia.Perang siber merupakan antara teknik perang baharu yang dapat mendatangkan kerosakan kepada imej serta mendatangkan ‘colateral damage’ kepada sekutu Israel serta Amerika Syarikat.

Permainan propaganda serta social network unconventional warfare bakal memainkan peranan penting kejayaan kebangkitan umat Islam di serata dunia.

Ayuh bersatu cakna Palestin !

Muhamad Amirul Asyraf bin Ahmad Kamal Zulkhairi

Kajian Timur Tengah,
Al-Quds Centre for Studies & Development
Penganalisis IRIS

[1]https://www.middleeastmonitor.com/news/middle-east/21554-al-quds-intifada-has-started-and-flames-will-not-be-quenched

[2]https://electronicintifada.net/blogs/ali-abunimah/palestinian-youth-was-unarmed-when-killed-israel-new-video-confirms

[3]https://www.middleeastmonitor.com/news/middle-east/21609-israel-arrested-560-palestinians-since-start-of-october

[4] http://www.theguardian.com/world/2015/sep/25/israel-live-ammunition-measures

[5]http://thepeninsulaqatar.com/news/middle-east/354888/27-palestinians-killed-1400-injured-and-400-arrested-in-october

[6] http://www.businessinsider.com/what-russian-intervention-in-syria-means-for-oil-2015-10

[7] http://www.informationclearinghouse.info/article18476.htm

[8]Fi Zilal Al-Quran (surah Al-Baqarah) ms 424-425

http://quds-csd.com/krisis-palestin-kebangkitan-rakyat-menuju-intifadah-ketiga/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *