home Dunia Islam Pembebasan kota Palestin di bahu seluruh umat Islam

Pembebasan kota Palestin di bahu seluruh umat Islam

12359832_1189927907687970_3810688205298646770_n

 

Tanah Palestin adalah tanah yang istimewa dan dekat sekali di hati umat Islam.

Palestin yang merupakan negeri tempat diturunkan nabi-nabi adalah tempat tertinggi dalam kalangan umat Islam.Sirah terdahulu menunjukkan Masjidil Aqsa yang terletak di Palestin merupakan tempat berlakunya Isra’ dan Mikraj, kiblat yang pertama dalam Islam dan kota Islam yang ketiga setelah Mekah dan Madinah.

Ini berdasarkan satu hadith:
“Janganlah kamu bersusah payah musafir untuk sembahyang kecuali menuju ke tiga buah masjid iaitu masjidku ini iaitu masjid Nabi, Masjidilharam di Mekah dan Masjidilaqsa“ (Sahih Muslim)

Ada hadith lain:
Dari Abu Darda menceritakan bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:
“Solat di masjid Al Haram bersamaan seratus ribu kali solat, solat di Masjidku bersamaan 1000 kali solat dan solat di Masjid Al Aqsa bersamaan lima ratus kali solat.” (Hadith riwayat at Tabarani)

Semangat Intifadah dalam kalangan rakyat Palestin.

Setelah sekian lama, bermula dari nakbah 1948 nasib rakyat Palestin dipandang enteng oleh masyarakat dunia. Konon-kononnya nasib rakyat Palestin terbela dengan pelbagai penjanjian, kesepakatan yang diadakan oleh kuasa-kuasa besar barat dan Zionis, namun kesemu‘usaha’ ini langsung tidak memberi faedah kepada rakyat Palestin malah memenangkan pihak Zionis. Sebagai contoh perjanjian Oslo telah menyebabkan 2/3 tanah Palestin di berikan kepada Zionis. Dimana terletaknya keadilan? Maruah umat Islam bagaikan dipijak dan diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar Barat dan Zionis.

Rentetan daripada itu, demi membuka mata masyarakat dunia dan membela maruah Islam, maka tercetuslah Intifadah pertama di Palestin pada 9 Disember 1987, Intifadhah kedua bermula pada tahun 2000 dan sekarang sedang berlangsung intifadhah ketiga sekarang bermula dari bulan 10 pada tahun 2015.

Apa yang dimaksudkan dengan Intifdhah? Intifadah bermaksud kebangkitan. Intifadhah di Palestin adalah bermaksud kebangkitan rakyat Palestin menentang penindasan yang dilakukan oleh Zionis ke atas tanah dan penduduk Palestin.

Berbagai kesan positif setelah berlakunya Intifadhah. Antaranya, ramai masyarakat Palestin sendiri sedar akan apa yang berlaku kepada mereka dan semakin gigih berusaha untuk mendaulatkan bumi suci ini dan membaik pulih ekonomi mereka sendiri. Selain itu, peristiwa ini telah dapat membuka mata masyarakat dunia akan kekejaman Zionis keatas penduduk Palestin. Kesan peristiwa Intifadhah juga telah memberi tekanan kepada penduduk Zionis, ramai diantara mereka yang melarikan diri dari Palestin dan menghadapi tekanan jiwa.

Kita pula bagaimana?

Allah menjanjikan kemenangan ke atas umat Islam yang disebut dalam firmannya.
“Dan Allah telah berjanji kepada orang yang beriman di antara kamu dan yang mengerjakan amal-amal yang saleh, bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan benar-benar Dia akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang tetap kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” (An-Nuur: 55)

Isu yang berlaku di Palestin bukan sekadar isu masyarakat Palestin sahaja, tetapi ia adalah isu umat Islam sejagat. Al Aqsa telah dinodai dan kini berhadapan dengan penjajah Zionis yang ingin menhancurkan dan menghapuskan tanda tanda Islam dalam Masjid Al Aqsa seterusnya mereka ingin menjajah Palestin secara keseluruhannya.

Ayuhlah kita mengislah diri untuk menjadi muslim yang lebih baik dan mempunyai ciri-ciri mukmin terdahulu yang cemerlang dan layak menerima kemenangan. Ayuh tinggalkan segala sikap jahiliyah yang masih berbaki dalam diri, dekatkan diri kepada Allah, solat berjemaah di awal waktu dan bersungguh-sungguhlah untuk menyumbang membebaskan masjid Al Aqsa. Sesungguhnya setiap daripada kita masing-masing mempunyai peranan yang penting dalam membebaskan kota suci ini.

Hidup ini penuh dengan pilihan, samada kita ingin menyumbang ke arah kemenangan Islam atau hanya sekadar menonton sahaja. Ingatlah setiap kebaikan dan susah payah yang kita lakukan, akhirnya akan berbalik juga kebaikannya kepada diri kita. Sesunnguhnya segala usaha yang kita lakukan tidak lain tidak bukan adalah dapat memberatkan imbalan kebaikan kita juga seterusnya membantu untuk kehidupan kita di akhirat kelak.

Nor Azizah binti Md Abas
Tahun 5, Pergigian, Jordan University of Science and Technology
Aktivis ISMA Jordan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *