home Hari Ini Dalam Sejarah 29 Mei 1453: Pembukaan Konstantinopal

29 Mei 1453: Pembukaan Konstantinopal

hari-ini-5-29

 

🌏 HARI INI DALAM SEJARAH 🌏

PEMBUKAAN KONSTANTINOPAL
📅 29 MEI 1453

Pada awal pagi Selasa 20 Jamadil Awal 857 H bersamaan 29 Mei 1453 serangan besar-besaran dan terakhir dilancarkan oleh Al-Fateh. Maharaja Constantine sendiri turun ke medan perang dalam menghadapi gelombang akhir ini. Setelah tentera Uthmani berjaya menggempur tembok kota dan menawan beberapa menara, Constantine merasakan tiada faedah lagi untuk melawan, akhirnya beliau turut terkorban di medan perang tersebut. Penyebaran berita kematian maharaja telah melemahkan tentera Byzantine keseluruhannya.

Pada hari yang sama iaitu 29 Mei 1453 selepas Zohor, Sultan Al-Fateh berjaya menjejakkan kaki ke tengah kota Konstantinopal dikelilingi oleh tentera dan para panglimanya sambil berteriak : “Segalanya kehendak Allah.” Al-Fateh memandang mereka dan berkata : “Kamu kini adalah penakluk Konstantinopal yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w.
[ Al-Futuh Al-Islamiyah Abar Al-Usur ]

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *