home Semasa Kanak-kanak 8 tahun hafal keseluruhan Al-Quran

Kanak-kanak 8 tahun hafal keseluruhan Al-Quran

maariya

London – Maariya Aslam, seorang kanak-kanak perempuan berumur 8 tahun yang tinggal di London telah mencapai kejayaan yang mengagumkan apabila berjaya menghafal keseluruhan Quran.

Adik Maariya mula menghafal Quran ketika berumur 5 tahun dan mengambil masa 2 tahun untuk menamatkan hafazannya.

“Sebagai muslim, kami diajar untuk membaca al-Quran dan saya dapati mudah bagi saya untuk membaca dan menghafalnya” ujarnya ketika ditemuramah.

Maariya juga berkebolehan mengingati setiap nombor ayat dan mukasurat dalam al-Quran.

Ibunya memberitahu bahawa beliau mula menggalakkan anaknya yang ketika itu berusia 5 tahun menghafaz al-Quran untuk sebuah acara kutipan sumbangan untuk Syria.

“Saya kemudian mengajar Maariya menghafaz Surah Yaasin dan dia berjaya menghafaznya dalam masa 9 hari. Kami berjaya mengumpul sumbangan berjumlah £3500” katanya.

Adik Maariya kini mencapai taraf selebriti kecil di Luton, London dan memiliki laman rasmi facebooksendiri serta ribuan pengikut.

Sumber asal: BBC

Terjemahan: http://www.ismaeropah.com/kanak-kanak-8-tahun-hafal-keseluruhan-quran-jadi-selebriti-di-london/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *