home Dunia Islam, Semasa Israel kuatkuasa undang-undang larang masjid di Palestin guna pembesar suara untuk azan

Israel kuatkuasa undang-undang larang masjid di Palestin guna pembesar suara untuk azan

kota-al-quds

 

JERUSALEM – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, dia akan menyokong rang undang-undang kontroversi yang bertujuan menghadkan azan solat dari masjid Palestin.

Netanyahu berkata, dia akan menyokong rang itu bagi menghentikan penggunaan pembesar suara untuk melaungkan azan dan menyifatkan ia sebagai gangguan bunyi.

“Saya tidak kira berapa kali – ianya terlalu banyak – rakyat datang kepada saya dari semua bahagian masyarakat Israel, dari semua agama mengadu mengenai bunyi bising berlebihan datang dari pembesar suara masjid,” katanya.

Walaupun draf rang undang-undang itu boleh diguna pakai kepada semua rumah ibadat, namun ia hanya dilihat khusus mensasarkan masjid.

Sebelum ini, pihak rejim Israel mengharamkan azan solat Subuh di tiga buah masjid iaitu Masjid Al-Rahman, Al-Taybeh dan Al-Jamia di daerah Abu Dis, Jerusalem.

Rejim Israel juga tidak memberi alasan larangan tersebut selain penduduk di bahagian Timur ditegah untuk ke Masjid Salah Al-Din bagi menunaikan solat Subuh. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *