home Dunia Islam, Semasa Puluhan ribu penduduk Rohingya terputus bekalan makanan, kesihatan terjejas

Puluhan ribu penduduk Rohingya terputus bekalan makanan, kesihatan terjejas

w3-rohingya-a-20140330-1024x683

 

MAUNGDAW – Puluhan ribu penduduk Rohingya Rakhine yang sepatutnya menerima bantuan makanan ser­ta perubatan kini menderita akibat terputus bekalan berkenaan sejak 44 hari lalu.

Bantuan oleh Program Ma­kanan Sedunia (WFP) dan agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lain telah di­hentikan sejak 9 Oktober lalu apabila keganasan baharu meletus di negeri itu.

Jurucakap Pejabat Penye­laras Hal Ehwal Kemanusiaan di Myanmar, Pierre Peron berkata, disebabkan itu, lebih 3,000 kanak-kanak berusia kurang li­ma tahun gagal menerima ra­watan kerana kekurangan zat makanan, menyebabkan 50 pe­ra­tus daripadanya berdepan risiko meninggal dunia.

“Bantuan kesihatan kepada 24,000 penduduk turut terjejas.

“Keadaan itu sangat membimbangkan mengambil kira kadar kematian bayi dan ibu mengandung yang empat kali lebih tinggi di Maungdaw berbanding di seluruh Myanmar,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

3 thoughts on “Puluhan ribu penduduk Rohingya terputus bekalan makanan, kesihatan terjejas

  1. DIMANA PEJUANG HAK ASASI MANUSIA, DI MANA PEMBELA MINORITI GAY, DI MANA PEJUANG MENUNTUT HAK LGBT…? Yang mana lebih Asasi hak untuk Hidup dengan hak untuk memuaskan nafsu…?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *