home Kolumnis, Semasa 100 tahun Palestin dijajah

100 tahun Palestin dijajah

 

Tibanya 2017 menandakan genap 100 tahun bumi Palestin dijajah. Sebelum tertubuhnya negara haram Israel, Palestin telah terlebih dahulu dijajah oleh tentera British pada tahun 1917 ketika Perang Dunia Pertama.

 

 

Penjajahan tanah Palestin pada ketika itu bukanlah penjajahan biasa, tetapi tentera British dan sekutunya membawa semangat Perang Salib dan menganggap itu adalah Perang Salib yang terakhir. General Allenby yang mengetuai tentera British ketika penjajahan Palestin menyebut ketika memasuki kota Al-Quds pada 1917: “Hari ini Perang Salib sudah berakhir.”

 

 

Adakah selepas 100 tahun suatu harapan baru akan muncul? Apa yang pasti Palestin tetap akan kembali berdaulat suatu hari nanti kerana itu adalah janji Allah dan Rasul-Nya.

Daripada Abdullah bin Hawaalah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

يا ابنَ حوالةَ، إذا رأيتَ الخلافةَ قد نزَلَت أرضَ المقدَّسةِ فقَد دنَتِ الزَّلازِلُ والبَلابلُ والأمُورُ العِظامُ، والسَّاعةُ يومَئذٍ أقرَبُ منَ النَّاسِ من يدي هذِهِ من رأسِكَ

Wahai Ibnu Hawaalah, jika engkau telah melihat khilafah telah turun di Tanah Suci (Palestin) maka telah dekat terjadinya gempa-gempa, musibah-musibah dan perkara-perkara yang besar. Hari Kiamat pada hari itu lebih dekat kepada manusia dibanding dekatnya tanganku ini dari kepalamu.” [ HR Abu Daud ]

HR Abu Daud, Sunan Abi Daud, no. 2535. Dinilai sahih oleh Al-Albani.

Semoga kita tergolong dalam kelompok pembebasan Al-Aqsa, hulurkan bantuan material yang termampu dan paling penting binalah diri dan pemuda-pemudi muslim yang akan jadi pejuang agama Allah.

Ustaz Ahmad Nu’man Mazlan

www.indahnyaislam.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *