home Semasa Azab Sang Penghancur Khilafah

Azab Sang Penghancur Khilafah

 

Tanggal 3 Mac merupakan tarikh yang sepatutnya sentiasa diingati orang Islam seluruhnya. Tarikh ini menyaksikan kejatuhan Khilafah Islam Turki Uthmaniyah yang merupakan khilafah terakhir di zaman ini. Sudah 93 tahun dunia Islam menderita kerana kehilangan ‘bapanya’ pada tanggal 3 Mac 1924.

Tidak asing lagi dalam proses menjatuhkan empayar Islam ini adalah pengkhianat besar umat Islam, Kamal Ataturk. Pelbagai muslihat yang telah dilakukannya bersama barat dan yahudi dalam misi menghilangkan pelita umat Islam ini. Namun Allah membayar nasibnya secara terus di muka bumi dengan pengakhiran hidup yang penuh seksa.

Sewaktu menghampiri ajal Kamal Ataturk diserang penyakit dalam iaitu (cirrhosis hepatis), disebabkan terlalu banyak alkohol arak di dalam badannya. Cairan berkumpul di dalam perutnya secara kronik. Ingatannya melemah dan darah mulai mengalir dari hidungnya tanpa henti. Dia juga diserang penyakit kelamin (GO), sehingga selalu menggaru bahagian tubuh antara kedua belah pehanya.

Cairan yang berkumpul pada bahagian perutnya memaksa doktor menyuntiknya dengan jarum, kerana perutnya membusung dan kedua kakinya membengkak. Hari demi hari kesihatannya semakin teruk, mukanya mengecil, darahnya berkurang, tubuhnya pucat seputih tulang sehingga dia tidak mampu bergerak sendiri.

Di saat-saat menjelang kematiannya, Ataturk minta dipanggilkan Duta Inggeris, Lorraine, kerana hendak mewariskan kepimpinan Turki kepadanya. Orang Turki sibuk bercakap mengenai derita seksaan yang dihadapi Kamal Ataturk disebabkan penyakit yang sangat aneh itu. Selama sakit, dia berteriak sehingga teriakannya sampai ke bilik-bilik istana miliknya, iaitu Istana Dolmabahçe di Istanbul. Akhirnya, tubuhnya tinggal tulang berbalut kulit.

Beratnya hanya 48 kg ketika dia mati. Gigi-giginya tanggal, mulutnya hampir bertemu dengan kedua alis matanya, dan dia berwasiat agar jenazahnya tidak disembahyangkan. Pada pagi Khamis 10 November 1938, pergilah Kamal Ataturk dari alam dunia dalam keadaan dilaknat di langit dan di bumi.  Inilah azab yang menimpa Sang Penghancur Khilafah di dunia lagi.

 

 

Mayat Ataturk tidak dikebumikan dalam tanah tetapi disemadikan di Muzium Etnografi Ankara. Selepas 15 tahun kematiannya iaitu pada 10 November 1953, mayatnya dipindahkan ke sebuah makam yang menghadap ke Ankara, iaitu ​​Anitkabir.

Rujukan: Al-Manarah Al-Mafqudah, Dr Abdullah Azzam

www.indahnyaislam.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *