home Kisah Ramadhan Ramadhan dan oncall

Ramadhan dan oncall

 

Sejak mula bertugas, bulan Ramadhan masih menjadi bulan yang dinanti-nanti, tetapi mungkin pengamatan bulan ini berbeza dengan kebanyakan orang.

Kalau waktu di universiti, boleh berlumba-lumba untuk tadarus, qiyam, terawih di masjid tetapi apabila mula berkhidmat cabarannya berbeza.

Terus terang aku rindu untuk berterawih setiap malam. Aku rindu untuk berbuka puasa tanpa kelam kabut, membaca al-Quran dengan perlahan-lahan.

Masa housemanship, bulan Ramadhan untuk kedua-dua tahun jatuh pada period “tagging”.. satu medical.. satu lagi di paediatrik.. sungguh mencabar. Untuk menghilangkan diri pada satu period yang lama memang tidak bolehlah sebagai seorang houseman.

Untuk mencari ma’ani di dalam bulan Ramadhan sungguhlah sukar. Rasa kecewa kerana ada hari terawih dapat 2 rakaat sahaja.. ada hari semua waktu solat lambat.. ada hari tak sempat membaca al- Quran dek kerana terlalu sibuk atau kerana penat.

Sehingga sekarang, apabila oncall, solat terawih kalau oncall labour room tak payah cakaplah.. mungkin buat sekali dengan tahajud kalau sempat.. dan pada akhir Ramadhan muhasabah balik.. apakah yang aku telah lakukan pada bulan Ramadhan ini.. hanya dapat berharap.. kesabaran ketika melihat pesakit.. membantu melahirkan baby waktu-waktu oncall dikira sebagai ibadah sekiranya aku tidak lupa untuk niatkan keranaNya.

Bagi yang mempunyai ruang dan masa hargailah Ramadhan yang ada. Gunakanlah masa yang ada sebaik mungkin.

Buat diri sendiri, rancanglah dengan lebih baik ma’ani Ramadhan yang ingin dicapai. Mungkin kalau tidak sempat berbuka awal waktu, tidak sempat solat terawih kita gantikan dengan infaq.

Niatkan segala tingkah laku kita pada waktu kerja sebagai ibadah. Tidak juga dilupakan dakwah kepada masyarakat kita yang mungkin diri ini tidak melaksanakan dengan sebaik-baiknya. Pendek kata, ruang lingkup ma’ani ibadah dan Ramadhan adalah besar. Bersabarlah dan yakinlah.

Antara program yang rancang untuk disusun (ketika tidak oncall):
– Berbuka puasa di masjid
– Iktikaf di masjid
– Infaq seminggu sekali secara pukal
– Tadarus waktu zohor di hospital? Ada yang nak join.?😀
– Bersabar dengan karenah pesakit..(penting)
– Berbuka puasa dengan keluarga, rakan- rakan, ahli usrah
– Menghabiskan satu bahan bacaan selain dari medic
– dan banyak lagi

Dr Farah Inani

www.indahnyaislam.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *