home Kisah Ramadhan Demam dan Ramadhan

Demam dan Ramadhan

 

Waktu ramadhan ni, bila kita jatuh sakit, pemilihan ubat adalah sangat penting.

Iyelah, kalau boleh kita nak puasa penuh, berbuka adalah jalan terakhir.

Ubatan yang dipilih jika perlu, adalah ubat yg paling memudahkan, tidak membatalkan puasa. Kos pula perkara ke tiga, sebab pahala puasa ramadhan tak dapat diganti dengan duit walaupun dalam euro atau USD.

Ketika saya demam ini, ubatan yang saya pilih selain paracetamol (panadol /acetaminophen). Saya ambil juga Celebrex 200 mg atau nama sebenar Celecoxib.

Apa celecoxib/celebrex ni?

Ia adalah sejenis painkiller atau ubat tahan sakit yang dikategorikan dalam kumpulan NSAIDS (Non Steroidal Anti Inflammatory Reaction).

Secara umumnya, pengambilan NSAIDS ini menyumbang beberapa kesan:

1- Anti Pyretic (Ubat demam)
2- PainKiller (Tahan sakit)
3- Anti Inflammatory (Radang)
4- Anti Platelet (Anti Pembekuan Darah)
5- Penyebab Gastric

Berbeza dengan ubat NSAIDs 1st generation seperti Voltaren (Diclofenac acid) atau Ponstan (6Mefenamic Acid) yang menyumbang kepada gastric, Celecoxib / Celebrex merupakan NSAIDs Generasi Ke dua yg tidak menyumbang kepada gastric dan sebab itulah sesuai untuk org seperti saya ketika berpuasa.

Berbanding dengan kedua ubat diatas, ia hanya perlu dimakan 2 kali sehari sekiranya dengan dosage 200 mg. Berbanding voltaren dan ponstan.

Pemilihan antibiotic.

Kenapa Azithromycin? Dua hari lepas anak abi demam panas, pemeriksaan darah menunjukkan monocyte 20% dan demam tak kebah-kebah. Monocyte yang tinggi berkemungkinan disebab oleh atypical infection dan sesuai dirawat dengan antibiotic jenis macrolide seperti roxithromycin, azithtromycin dan erythromycin.

Dan azithro paling mudah. Hanya sekali sehari dan untuk budak-budak, macam gula-gula. Bagi je minta lagi.

Masalahnya saya mengalami cirit-birit yang agak teruk selepas mengambil azithromycin.

Kesimpulannya.
=============

Ketika berpuasa sekira kita demam atau sakit cuba optimize medication dan rawatan.

Ambil ubat yang mudah, dan gunakan semaksimum mungkin ruksah yang diberikan. Contohnya penggunaan ubat tahan sakit yang dicucuk menggunakan kaedah intramuscular @ IM dan banyak lagi.

Dr Md Azhari Md Zhahir

www.indahnyaislam.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *