home Semasa Turki tawar jadi orang tengah isu Qatar

Turki tawar jadi orang tengah isu Qatar

 

ANKARA: Turki menggesa dialog dan menawarkan diri menjadi orang tengah bagi menangani pertelingkahan antara Qatar dan negara Arab.

Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu, berkata, perkembangan pertelingkahan itu benar-benar menyedihkan.

“Kemungkinan wujud masalah antara negara terbabit, namun dialog perlu diutamakan dalam semua keadaan,” katanya.

Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Yaman dan terbaharu Maldives, menyertai Arab Saudi dan Mesir memutuskan hubungan dengan negara kaya minyak, Qatar.

Riyadh menuduh Doha menyokong kumpulan militan, termasuk yang disokong Iran, ‘menyasar memecahbelahkan rantau itu.’

Cavusoglu berkata, Turki akan memberi segala bentuk sokongan supaya situasi itu kembali normal.

Turki menikmati hubungan mesra dengan Qatar menerusi sektor tenaga dan pada masa sama, mengekalkan hubungan baik dengan negara Teluk lain. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *