home Dunia Islam, Semasa Umat Islam dinaungi oleh 100 khalifah

Umat Islam dinaungi oleh 100 khalifah

 

Khalifah telah lama menjadi imam kepada umat Islam selama lebih kurang 1300 tahun lamanya. Sepanjang masa itu, umat Islam mengalami kemajuan sosial dan kemakmuran yang berpanjangan. Zaman kegemilangan Islam juga berlaku pada masa pemerintahan khalifah. Umat Islam juga pada masa itu menguasai 2 per 3 daratan dunia.

Berikut merupakan senarai nama khalifah (mengikut kajian penulis) yang pernah memerintah wilayah Islam dan menaungi umat Islam, bermula dari kewafatan Rasulullah s.a.w di Madinah pada tahun 632 M sehinggalah kejatuhannya secara rasmi di Istanbul pada tahun 1924 M.

Era Khulafa Ar-Rasyidin

Rasulullah s.a.w akhirnya wafat di Madinah al Munawarrah setelah 24 tahun menghadapi cabaran dalam mengembangkan syiar agama tauhid di Semenanjung Arab. Perjumpaan telah dilakukan oleh golongan sahabat Ansar dan Muhajirrin di Saqifah Bani Saidah dan akhirnya sahabat utama Nabi, Saidina Abu Bakar r.a dibaiat oleh umat Islam sebagai khalifah umat Islam.

Empat orang sahabat Nabi s.a.w diangkat menjadi khalifah umat Islam yang berpusat di Madinah. Pada masa itu, wilayah Islam membesar sehingga ke Afrika Utara, wilayah Syam, Palestin dan Asia Timur. Tentera Islam berjaya menumpaskan salah satu dari empayar paling berpengaruh di Timur Tengah iatu Empayar Parsi Sassanid, dan melemahkan pengaruh Empayar Rom Bizantium di Timur Tengah pada masa itu.

  1. Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a 632–634
  2. Saidina Umar bin al-Khattab r.a 634–644
  3. Saidina Uthman ibn Affan r.a 644–656
  4. Saidina Ali ibn Abi Talib r.a 656–661

Sesetengah sejarahwan Islam seperti As Suyuti, Ibnu Kathir dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Saidina Hassan bin Ali r.a juga termasuk di kalangan Khulafa Ar Rasyidin. Hassan hanya memegang jawatan khalifah tidak sampai setahun sebelum menyerahkan kekhalifahan kepada Muawiyah bin Abu Sufyan r.a, seorang sahabat Nabi berketurunan Bani Umaiyah.

  1. Saidina Hassan ibn Ali r.a 661

Era Dinasti Umaiyyah

Apabila Muawiyah bin Abu Sufyan r.a dilantik sebagai khalifah pada tahun 661 M selepas peristiwa Ainul Jamaah, yang turut menyaksikan perpecahan umat Islam kepada Syiah Muawiyah, Kharwarij dan Syiah Ali(Syiah dari segi bahasa bermaksud pengikut), Empayar Islam diperintah oleh keluarga Bani Umaiyah, salah satu dari keluarga paling berpengaruh dalam masyarakat Arab ketika itu.

  1. Khalifah Muawiyah I 661–683
  2. Khalifah Yazid I 680–683

Apabila Khalifah Yazid I meninggal dunia, beliau melantik anaknya, Muawiyah bin Yazid sebagai khalifah, dengan gelaran Khalifah Muawiyah II. Namun, berlaku pemberontakan oleh seorang lagi sahabat Nabi, Abdullah bin Zubair r.a melantik dirinya sebagai khalifah dengan persetujuan dan baiat(taat setia) dari masyarakat Iraq, Semenanjung Arab, Makkah, Madinah dan sebahagian dari Mesir.

  1. Khalifah Abdullah bin Zubair r.a 684-692

Walaubagaimanapun, kuasa khalifah Bani Umaiyah masih kukuh di wilayah Syria dan Palestin. Khalifah yang memerintah di Damsyik semasa Abdullah bin Zubair r.a menjadi khalifah di Makkah ialah Khalifah Muawiyah II, Khalifah Marwan dan Khalifah Abdul Malik bin Marwan.

Pemberontakan Abdullah bin Zubair r.a berakhir apabila tentera Abdul Malik bin Marwan menyerang kota Makkah dan membunuh Abdullah bin Zubair r.a. Kekuasaan Dinasti Bani Umaiyah berjaya ditegakkan di seluruh wilayah Islam.

Khalifah Abdul Malik bin Marwan r.a dan khalifah selepasnya terus menjalankan pembangunan yang pesat di dalam negara dan perluasan kuasa ke luar negara. Wilayah Islam diluaskan sehingga ke wilayah Efriqya di Afrika Utara, seterusnya mara ke Sepanyol. Tentera Islam juga mara ke wilayah India dan mengukuhkan kuasa di Sungai Oxus di Afghanistan dan Lembah Indus.

  1. Khalifah Abdul Malik 685–705
  2. Khalifah Al-Walid I 705–715
  3. Khalifah Sulaiman 715–717
  4. Khalifah Umar bin Abdul Aziz 717–720
  5. Khalifah Yazid II 720–724
  6. Khalifah Hisham bin Abdul Malik 724–743
  7. Khalifah Al-Walid II 743–744
  8. Khalifah Yazid III 744
  9. Khalifah Ibrahim bin Al Walid I 744
  10. Khalifah Marwan II 744–750

Era Dinasti Abbasiyah

Pada tahun 750 M, berlaku Revolusi Abbasiah di mana pucuk pemerintahan khalifah Islam berpindah tangan dari keluarga Bani Umaiyah kepada keluarga Bani Abbasiah. Keluarga Bani Abbasiah berasal dari keturunan Abbas bin Abdul Mutalib r.a, iatu bapa saudara Nabi s.a.w. Diketuai oleh Abdullah al Abbas As Saffah, mereka berjaya merampas kuasa dan As Saffah dilantik sebagai Khalifah Islam di Kufah pada tahun 750 M.

Zaman kekuasaan Bani Abbasiah di ibu kota baru berpusat di Baghdad, juga digelar sebagai Zaman Kegemilangan Tamadun Islam. Bandaraya Baghdad menjadi metropolis terbesar di dunia ketika itu dan menjadi pusat kegiatan ilmu antarabangsa. Saintis Islam pada masa itu sentiasa berada di hadapan dalam bidang pengkajian ilmu astronomi, kimia, matematik, mantik, optik, perubatan dan sebagainya. Ilmu keagamaan seperti ilmu fekah, tauhid, tasawuf juga turut berkembang dengan kelahiran banyak ulama dan ilmuwan tersohor.

  1. As-Saffah 750–754
  2. Al-Mansur 754–775
  3. Al-Mahdi 775–785
  4. Al-Hadi 785–786
  5. Harun al-Rashid 786–809
  6. Al-Amin 809–813
  7. Al-Ma’mun 813–833
  8. Al-Mu’tasim 833–842
  9. Al-Wathiq 842–847
  10. Al-Mutawakkil 847–861
  11. Al-Muntasir 861–862
  12. Al-Musta’in 862–866
  13. Al-Mu’tazz 866–869
  14. Al-Muhtadi 869–870
  15. Al-Mu’tamid 870–892
  16. Al-Mu’tadid 892–902
  17. Al-Muktafi 902–908
  18. Al-Muqtadir 908–932
  19. Al-Qahir 932–934
  20. Ar-Radi 934–940
  21. Al-Muttaqi 940–944
  22. Al-Mustakfi 944–946
  23. Al-Muti 946–974
  24. At-Ta’i 974–991
  25. Al-Qadir 991–1031
  26. Al-Qa’im 1031–1075
  27. Al-Muqtadi 1075–1094
  28. Al-Mustazhir 1094–1118
  29. Al-Mustarshid 1118–1135
  30. Ar-Rashid 1135–1136
  31. Al-Muqtafi 1136–1160
  32. Al-Mustanjid 1160–1170
  33. Al-Mustadi 1170–1180
  34. An-Nasir 1180–1225
  35. Az-Zahir 1225–1226
  36. Al-Mustansir 1226–1242
  37. Al-Musta’sim 1242–1258

Era kegemilangan ini hancur apabila Baghdad, ibu kota Khilafah Abbasiah dan pusat penyebaran ilmu terkenal ketika itu musnah akibat serangan dan penjarahan secara besar besaran oleh tentera Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan pada tahun 1258. Era ini lebih dikenali sebagai Era Kemerosotan Awal Tamadun Islam.

Sebahagian dari ahli keluarga Bani Abbasiah yang terselamat dari pembunuhan secara besar besaran oleh orang Mongol itu melarikan diri ke Mesir.

Di sana, mereka juga ditabalkan sebagai khalifah namun hanya berfungsi sebagai khalifah dalam adat istiadat dan agama sahaja, dan tidak berkuasa dalam hal pentadbiran dan kemaslahatan umat Islam ketika itu.

Era Dinasti Abbasiah Di Mesir (Shadow Caliphate)

Berpusat di Kaherah, Mesir. Sepanjang era ini, khalifah langsung tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran dan kemaslahatan umat islam ketika itu. Khalifah dilindungi oleh sultan-sultan dari Kesultanan Mamluk, yang sebenarnya jauh lebih berkuasa dari khalifah sendiri.

  1. Al-Mustansir II 1261–1262
  2. Al-Hakim I 1262–1302
  3. Al-Mustakfi I 1302–1340
  4. Al-Hakim II 1341–1352
  5. Al-Mu’tadid I 1352–1362
  6. Al-Mutawakkil I 1362–1383

1389–1406

  1. Al-Wathiq II 1383–1386
  2. Al-Mu’tasim 1386–1389
  3. Al-Musta’in 1406–1414
  4. Al-Mu’tadid II 1414–1441
  5. Al-Mustakfi II 1441–1451
  6. Al-Qa’im 1451–1455
  7. Al-Mustanjid 1455–1479
  8. Al-Mutawakkil II 1479–1497
  9. Al-Mustamsiq 1497–1508
  10. Al-Mutawakkil III 1508–1517

Era Khilaf Devlet Turki Uthmnaiyah

Pada masa yang sama, di utara Mesir, di benua Asia Kecil, terbentuknya sebuah kerajaan Islam yang kuat yang diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul, seorang gabenor berbangsa Turk. Kerajaan ini berjaya meluaskan pengaruhnya di Asia Kecil dan membuka jalan kepada tentera Islam untuk menakluk Eropah Timur. Pasukan Uthmaniah ini berjaya menakluk Constantinople, ibu kota Empayar Rom Bizantium pada tahun 1453 di bawah Sultan Muhammad Al Fatih.

Pengganti-pengganti Muhammad Al Fatih, kemudiannya menakluk semula wilayah Islam yang berpecah belah di Timur Tengah dan menyatukannya di bawah satu pemerintahan. Tentera Uthmaniah juga berjaya menakluk Makkah dan Madinah dan sultannya mendapat gelaran Khadamul Haramayn(pelayan dua tanah suci)

Sultan Salim I bersama tentera Turknya mara ke Kaherah dan menawan keluarga Khalifah Al Mutawakkil III. Khalifah kemudiannya menyerah lalu menyerahkan jawatan khalifah umat Islam kepada Sultan Salim I, bersama sama dengan alat kebesarannya, pedang dan jubah Nabi Muhammad s.a.w.

Sultan Salim I, Sultan kepada Empayar Devlet Turki Uthmaniah mengisytiharkan dirinya sebagai Khalifah Umat Islam pada tahun 1517. Keturunannya selepas itu menjadi khalifah umat Islam yang berpusat di Istanbul sehinggalah kemerosotannya hingga membawa pula kepada kejatuhannya.

  1. Salim I 1517–1520
  2. Suleiman 1520–1566
  3. Salim II 1566–1574
  4. Murad III 1574–1595
  5. Muhammad III 1595–1603
  6. Ahmed I 1603–1617
  7. Mustafa I 1617–1618

1622–1623

  1. Osman II 1618–1622
  2. Murad IV 1623–1640
  3. Ibrahim 1640–1648
  4. Muhammad IV 1648–1687
  5. Suleiman II 1687–1691
  6. Ahmed II 1691–1695
  7. Mustafa II 1695–1703
  8. Ahmed III 1703–1730
  9. Mahmud I 1730–1754
  10. Osman III 1754–1757
  11. Mustafa III 1757–1774
  12. Abdul Hamid I 1774–1789
  13. Salim III 1789–1807
  14. Mustafa IV 1807–1808
  15. Mahmud II 1808–1839
  16. Abdülmecid I 1839–1861
  17. Abdülaziz 1861–1876
  18. Murad V 1876
  19. Abdul Hamid II Yang Agung 1876–1909
  20. Muhammad V 1909–1918
  21. Muhammad VI 1918–1922

Zaman kemerosotan insitusi khilafah bermula apabila pengenalan pemerintahan acuan Barat yang menghapuskan nilai nilai Islam dalam pemerintahan. Tambahan pula, khilafah banyak berhutang dengan bank-bank, menyebabkan kemasukan campur tangan asing dan pengaruh kuasa Barat. Kekalahan Uthmaniah dalam Perang Dunia Pertama mengeruhkan lagi keadaan, menyebabkan khilafah semakin lemah.

Pada tahun 1922, Kerajaan Uthmaniah dibubarkan dan digantikan dengan sebuah republik di bumi Turki. Walaubagaimanapun, khalifah masih dilantik namun hanya sebagai boneka.

Pada 3 Mac 1924, insitusi khilafah Islam secara rasminya dibubarkan oleh kerajaan Republik Turki di bawah pimpinan Ghazi Mustafa Kemal Ataturk.

Dengan itu, berakhirlah sudah insitusi kekhalifahan yang memayungi Dunia Islam dan umatnya selama 1300 tahun, di mana Khalifah Abdulmecid II ialah khalifah terakhir umat Islam, buat sementara ini.

  1. Abdülmecid II 1922–1924

(Khalifah Terakhir Umat Islam)

Penulis telah mengira jumlah keseluruhan khalifah yang ada dalam senarai di atas, penulis mendapati jumlahnya kira kira 100 orang khalifah.

Umat Islam telah dinaungi oleh 100 orang khalifah……

 

Raja Ariff Danial

Sumber: https://www.thepatriots.asia/archives/2225

www.indahnyaislam.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *