home Semasa Israel serang Gaza pagi tadi

Israel serang Gaza pagi tadi

 

GAZA – Pesawat Israel melancarkan serangan di beberapa kawasan di Utara Semenanjung Gaza awal pagi ini waktu tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Cawangan Gaza, Omar Seyam menulis demikian di laman facebooknya sambil meminta semua pihak mendoakan keselamatan penduduk Gaza.

Katanya, beliau mendengar jelas letupan bom pesawat yang sangat dengat dengan rumahnya.

“Pesawat Israel sedang melepaskan tembakan di beberapa kawasan Gaza,” katanya.

‘It is now 1:45 AM; I hear the sound of violent explosions shaking from my bedroom; the explosions are very close to my house.’

‘#Gaza_under_fire: Israeli warplanes are launching a number of violent raids on various areas (north) of #Gaza_strip’

Sementara itu, media Hebrew melaporkan, Israel menggunakan pesawat F35 untuk mensasarkan kawasan Semenanjung Gaza kali ini.

Israel dikatakan membuat serangan balas selepas roket dari Gaza mendarat di kawasan terbuka Chof Askelon, selatan Israel, petang Selasa. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *