home Semasa Hamas: Esok bermulanya Intifadah Pembebasan Al-Quds!

Hamas: Esok bermulanya Intifadah Pembebasan Al-Quds!

 

GAZA – Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, menyeru intifada baru penduduk Palestin berikutan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Hanya intifada boleh menentang dasar Zionis disokong Amerika ini,” kata ketua pergerakan bersenjata Palestin yang mentadbir Semenanjung Gaza dalam ucapannya.

Sementara itu, Israel meningkatkan jumlah anggota tenteranya di Tebing Barat yang didudukinya.

“Selepas menilai keadaan semasa, keputusan dibuat untuk menambah jumlah batalion di kawasan terbabit (Tebing Barat) selain perisikan dan pertahanan dalaman.

“Selain itu, lebih ramai tentera diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga,” kata kenyataan tentera Israel.

Tindakan Trump itu dianggap mencurah minyak ke api marak serta dibantah hampir seluruh dunia, termasuk sekutu rapatnya, Eropah serta Britain dan PBB.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, yang mengecam tindakan Trump, berkata ia menyebabkan rantau itu kini menjadi amat panas.

“Tindakan ini meletakkan dunia, terutama rantau berkenaan (Asia Barat) dalam api yang marak.

“Hei Trump, apa yang anda mahu buat? Pendekatan jenis apa ini?

“Pemimpin politik tidak menegangkan keadaan, mereka berusaha mencari keamanan,” kata Erdogan di Ankara. – AFP

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *