home Semasa Perlu ada akta haramkan sebaran bercanggah Islam: PEMBINA

Perlu ada akta haramkan sebaran bercanggah Islam: PEMBINA

 

BANGI – Seruan menuntut hak bagi golongan lesbian, biseksual, gay dan transeksual (LGBT) yang dilakukan secara terbuka perlu dikekang supaya tidak merebak kepada masyarakat Islam yang lain.

Bimbang dengan penularan pengaruh itu, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Eqwan Roslan menyarankan supaya ahli Parlimen segera meluluskan akta yang mengharamkan sebarang bentuk penyebaran dan advokasi bercanggah dengan Islam.

Katanya, mereka yang dipilih rakyat tidak boleh berdiam diri, perlu melakukan sesuatu jika melihat kemungkaran berleluasa.

“Tambahan pula, pejuang-pejuang LGBT ini adalah kelompok-kelompok yang sama ada terkeliru atau ditaja bagi menyesatkan orang ramai.

“Mereka juga mengambil kesempatan dengan mengelompokkan perjuangan yang sah seperti kebajikan OKU dan orang asli, dengan perjuangan-perjuangan sesat mereka.

Jika dibiarkan, mereka adalah kanser yang bakal membunuh peradaban negara dan mengundang bala,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, harini.

Beliau berkata demikian mengulas sambutan Hari Wanita Sedunia oleh beberapa pertubuhan dan badan hak asasi manusia di Kuala Lumpur baru-baru ini, yang disifatkannya sebagai melampau.

Ini berikutan, aktivis yang menyertai himpunan itu kebanyakannya membawa plakad dengan slogan menuntut hak bagi golongan LGBT, termasuk solidarity untuk maknyah, feminisme untuk semua. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *