home Semasa Kaki ponteng puasa akan dijejaki sepanjang Ramadan

Kaki ponteng puasa akan dijejaki sepanjang Ramadan

 

BALING – ‘Kaki ponteng puasa’ akan dijejaki secara besar-besaran oleh Pejabat Agama Islam Baling sepanjang Ramadan yang bakal muncul tidak lama lagi.

Pegawai Agama Islam daerah Baling, Mohamad Naem Awang berkata, pihaknya telah bersiap sedia melakukan serbuan di beberapa kawasan tumpuan kaki ponteng puasa yang dikenal pasti.

Katanya, pemantauan tersebut akan dilakukan secara berterusan sepanjang Ramadan.

“Dalam masa sama, kita juga sedang merancang menguatkuasakan undang-undang dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Negeri dan Majlis Daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Surau Al- Mukhlisin dan Ceramah Israk & Mikraj di Sekolah Kebangsaan Seri Jemerli, di sini.

Pada masa sama, beliau mengingatkan umat Islam agar tidak mengabaikan perintah agama.

“Ia peraturan daripada Allah, umat Islam sepatutnya mematuhi perintah berpuasa di siang hari ketika Ramadan.

“Sekalipun tidak berpuasa, hormatilah orang-orang yang berpuasa,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *