home Semasa Umat Islam diseru pilih calon sokong kedaulatan Islam

Umat Islam diseru pilih calon sokong kedaulatan Islam

 

PUTRAJAYA: Umat Islam perlu memilih calon yang akan menyokong kedaulatan Islam melalui pemerkasaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355, demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Dato’ Prof Mahamad Naser Bin Disa ketika mengulas kenyataan oleh Ustaz Idris Ahmad dari PAS sebelum ini.

Menurut Dato’ Prof Mahamad Naser lagi, kedudukan Islam sebagai Agama Negara sudah jelas lagi bersuluh di dalam Perlembagaan Persekutuan dan perlu dijadikan teras pentadbiran serta perundangan di negara ini.

“Islam adalah Agama bagi Persekutuan seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1), maka segala bentuk undang-undang dan pentadbiran negara haruslah dibuat berlandaskan prinsip-prinsip Islam.”

Seiringan dengan itu, beliau menasihati masyarakat umum supaya memilih calon yang menyokong kedaulatan Islam di negara ini pada pilihan raya akan datang.

“Tanpa mengira keturunan dan warna parti, calon yang diundi itu mestilah bersedia menyatakan komitmen untuk mendaulatkan Islam di Negara ini.”

Dato’ Prof Mahamad Naser juga menegur pengundian wakil yang menolak pemerkasaan Akta 355 di Dewan Rakyat supaya kesilapan sama tidak diulangi pada PRU14 ini.

“Umat Islam perlu bertaubat dari kesilapan lalu kerana menghantar wakil mereka ke Dewan Rakyat yang menolak peningkatan bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui pindaan Akta 355. Justeru, dalam PRU14 kali ini, kesilapan sedemikian tidak wajar berulang kerana kita sudah tahu pihak mana yang menyokong dan bersikap taat setia kepada Raja dan Negara.” – menara.my

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *