home Kolumnis, Semasa Persediaan Sahabat untuk Ramadan

Persediaan Sahabat untuk Ramadan

 

1. APABILA datangnya Ramadan, Saidina Umar akan menghidupkan lampu-lampu menerangi masjid-masjid. Beliau juga menghidupkan masjid dengan bacaan al-Quran.

Perbuatan beliau dipuji Saidina Ali. Kata Saidina Ali:
“نور الله لك يا ابن الخطاب في قبرك كما نورت مساجد الله بالقرآن”
(كنز العمال: 23477)

“Mudah-mudahan, Allah menerangi kuburmu wahai Umar Ibn al-Khattab seperti mana engkau menerangi masjid-masjid Allah dengan al-Quran.”

2. Al-Mualla ibn al-Fadhl menukilkan bahawa para sahabat akan berdoa enam bulan lebih awal sebelum datangnya Ramadan. Kerinduan mereka terhadap ramadan mendorong mereka berdoa supaya dikurniakan Ramadan.

3. Ibn Rajab al-Hanbali mengajak kita berfikir lalu berkata: Mengapakah kita tidak bergembira apabila Allah memberitahu kita bahawa Dia telah membuka pintu-pintu syurga? Bagaimana seseorang itu tidak gembira apabila Allah menutup pintu-pintu neraka?

Atau apakah kita tidak punyai apa-apa kegembiraan ketika datangnya bulan yang amat dinantikan oleh para salafussoleh?

Ustaz Dr Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *