home Semasa UMMAH seru lantik menteri mampu jaga kesucian Islam dalam negara

UMMAH seru lantik menteri mampu jaga kesucian Islam dalam negara

 

BANGI – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menuntut agar pelantikan jemaah menteri di bawah pentadbiran kerajaan baharu terdiri daripada individu yang terbukti akan menjaga kesucian kedudukan Islam di dalam negara ini tanpa kompromi.

Pengerusinya, Ustaz Ismail Mina Ahmad berkata, ianya perlu bagi memastikan usaha berterusan daripada pihak pemerintah dalam melestarikan agenda Islam sejajar dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan dalam bingkai Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Menteri yang dipilih juga perlulah menolak faham liberalisme atau pluralisme dalam semua perspektif.

“UMMAH ingin menyuarakan kegusaran terhadap perkembangan senario politik dan suasana masa kini yang mana terdapat unsur-unsur penghinaan terhadap Yang Di Pertuan Agung sebagai Ketua Tertinggi Negara serta usaha mencabar kesucian kedudukan Islam sebagai Agama bagi Persekutuan.

“Diharap tindakan segera diambil oleh pihak-pihak yang berwajib,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, beliau turut menyeru kepada semua aktivis, pimpinan NGO-NGO Islam serta seluruh umat Islam amnya agar bersama-sama menyokong gesaan UMMAH itu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *