home Semasa Beli, guna al-Quran ada cop kelulusan KDN

Beli, guna al-Quran ada cop kelulusan KDN

 

BANGI – Orang ramai dinasihatkan supaya membeli dan menggunakan naskah al-Quran yang mempunyai cop kelulusan Lembaga Pengawalan Pelesenan dan Percetakan al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ia susulan tular di media sosial baru-baru ini, bahawa terdapat aplikasi al-Quran yang menerbitkan surah al-Baqarah dengan cetakan salah.

Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kawalan dan Penguatkuasaan Unit Pengurusan al-Quran KDN, Jafri Abdullah berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu diminta membuat laporan kepada kementerian berkenaan.

Beliau turut menggesa kepada sesiapa yang mempunyai cetakan al-Quran terbabit tidak kira dalam bentuk tradisional atau digital, diminta menghantar kepada KDN untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Saya dapati al-Quran ini tidak menggunakan kaedah Rasm Uthmani yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pengawalan Pelesenan dan Percetakan al-Quran KDN, justeru al-Quran ini tiada kelulusan Lembaga kami.

“Kesalahan pada cetakan ini amat besar dan tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 14, Akta Percetakan al-Quran (APTQ) 1986,” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai berhenti menyebarkan gambar surah berkenaan supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *