home Semasa Hospital kanak-kanak musnah angkara rejim Bashar

Hospital kanak-kanak musnah angkara rejim Bashar

 

IDLIB – Enam orang awam terbunuh dalam serangan yang dilancarkan pesawat rejim Bashar al-Assad, dan memusnahkan sebuah hospital kanak-kanak di bandar Taftanaz utara Idlib, semalam.

Pasukan pertahanan awam Syria mengesahkan bahawa hospital berkenaan tidak lagi boleh beroperasi akibat serangan itu.

Menurut pasukan itu juga, serangan berasingan yang dilancarkan rejim Bashar di kampung Ram Hamdan di utara Idlib turut mengorbankan dua lagi mangsa, dan menyebabkan yang lain cedera.

Serangan di kawasan itu turut menjejaskan perkampungan lain sekitarnya, membabitkan bandar Jericho dan kampung Kanisat Bani Ezz.

Menurut pasukan pertahanan awam Idlib, wilayah itu menyaksikan peningkatan serangan yang dilancarkan rejim Syria dan sekutunya Russia sehingga menyebabkan 50 orang terbunuh, dan puluhan yang lain cedera.

Bagaimanapun, Kementerian Pertahanan Russia menafikan pesawatnya menyasarkan bandar itu, sebaliknya menuduh kumpulan pejuang yang bertanggungjawab. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *