home Kolumnis, Semasa Kematian yang menggegarkan Arasy Allah

Kematian yang menggegarkan Arasy Allah

 

1. Sa’ad bin Muaz memeluk Islam setahun sebelum hijrah pada usia 30/31 tahun. Pertempuran di medan perang menyebabkan beliau gugur syahid selepas perang Khandaq pada tahun ke 5 Hijrah. Ketika itu beliau berusia 36/37 tahun.

2. Dengan hanya enam tahun bergelar Muslim, kematian beliau disifatkan oleh Rasulullah sebagai kematian yang menggegarkan Arasy Allah. Dengan hanya enam tahun bergelar Muslim, Ibn Hajr menyifatkan kedatangan ruh Sa’ad menggembirakan penduduk langit sehingga bergegarnya Arasy.

3. Apakah keistimewaan Sa’ad sehingga menyebabkan kematian beliau disifatkan oleh Rasulullah sebagai menggegarkan Arasy?

4. Sa’ad adalah pembesar kaum Aus di Madinah. Keislaman beliau beliau telah mempengaruhi sebahagian besar Kaum Aus untuk memeluk Islam.

5. Ketika dalam peperangan Badar, Rasulullah sukar untuk membuat keputusan samada ingin terus bertempur setelah mengetahui Kafilah Abu Sufyan berjaya meloloskan diri. Sa’ad ibn Muaz lah orang yang menyatakan sokongan kepada Rasulullah untuk meneruskan perjuangan.

6. Ketika dalam Perang Uhud, Sa’ad ibn Muaz adalah antara orang yang kekal bersama dengan Rasulullah ketika tentera Islam mula kucar kacir.

7. Ketika dalam Perang Khandaq Sa’ad cedera parah. Namun Saa’d tetap meneruskan perjuangan ketika diminta berkumpul di perkampungan Bani Quraizah.

8. Sa’ad ibn Muaz adalah lambang pejuang Islam yang sejati. Walaupun hanya 6 tahun bersama Rasulullah, usia yang singkat itu dimanfaatkan sebaiknya untuk Allah dan Islam.

9. Kita telah berpuluh tahun bersama agama dan negara ini. Mari bersama menyumbang ke arah kebaikan agama dan negara.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *