home Dunia Islam, Semasa (SIRI 4) Kisah kejatuhan Turki Uthmaniyyah dan pengajaran untuk Malaysia yang mesti anda tahu

(SIRI 4) Kisah kejatuhan Turki Uthmaniyyah dan pengajaran untuk Malaysia yang mesti anda tahu

Masjid Cordova sudah “dimurtadkan” menjadi sebuah gereja dan muzium

1. Ada beberapa faktor yang membezakan kejatuhan Turki Uthmaniyyah dengan kejatuhan khilafah-khilafah sebelum ini. Macam saya cerita dalam siri lepas, khilafah sebelum ini apabila jatuh, ia boleh bangkit balik. Tetapi apabila Uthmaniyyah jatuh, ia tak mampu bangkit balik. Kenapa? Ia di sebabkan beberapa faktor.

2. Yang pertama, ketika jatuhnya khilafah-khilafah sebelum ini, samada Saidina Umar dan Saidina Uthman mati dibunuh, atau jatuhnya Baitul Maqdis ditangan tentera Salib dalam perang Salib, ataupun kejatuhan Baghdad ditangan orang Monggol, di sana masih wujud lagi negara-negara Islam dalam skala yang cukup luas dan banyak.

3. Contohnya, ketika jatuhnya Baitul Maqdis, di sekelilingnya masih lagi terdapat raja-raja Islam, masih ada lagi tanah Islam, dan banyak lagi orang Islam yang berkuasa. Atau contoh lain, ketika jatuhnya Baghdad. Masa zaman kejatuhannya, Mesir ketika itu masih lagi sebuah negara Islam, begitu juga dengan Iraq. Malah sampai ke Afrika tengah pun masih ada lagi negara Islam. Raja dan sultannya adalah sultan Islam, bahkan sampai ke sebelah Andalus (Sepanyol), hingga berhampiran Eropah pun masih ada sultan Islam.

4. Maknanya, ketika jatuh khilafah Islam, negara yang wujud di sekeliling masih lagi kekal dalam corak pemerintahan Islam. Masih lagi ada raja Islam, sultan Islam, sistem Islam, undang-undang Islam, tentera Islam dan seumpamanya. Semua ini masih berjalan seperti biasa, walaupun ada lompong di sana sini. Oleh itu, masih ada negara Islam lain yang boleh turun membantu apabila ada negara Islam jiran lain yang kena serang.

Ibarat macam hidup di kawasan perumahan yang penuh dengan orang Islam. Sekiranya rumah tok ketua kena rompak, jiran sebelah yang Islam sanggup turun untuk bantu dan selamatkannya. Faham?

5. Tetapi, dalam kes kejatuhan Turki Uthmaniyyah pada 1924, kenapa negara Islam di sekelilingnya tak boleh bantu? Sebab, kalau kita perhatikan betul-betul, daripada 2/3 dunia yang pernah dikuasai oleh umat Islam, akhirnya sebelum kejatuhan Turki Uthmaniyyah, hanya tinggal 2 negara saja yang tidak dijajah. Ya, HANYA DUA NEGARA SAJA yang TIDAK DIJAJAH dan DIJARAH. Iaitu Arab Saudi dan Afghanistan. Bukan dua pertiga lagi dah. Huhu. Negara Islam lain habis semua kena jajah.

Jadi, apabila negara Islam lain dah kena jajah, macam mana mereka nak bantu kerajaan Turki? Mereka sendiri pun takkan mampu untuk bantu. Ibarat macam kes kawasan perumahan tadi. Rumah tok ketua kena rompak, tetapi rumah tok mudim, tok imam, tok siak dan jiran-jiran lain pun dah kena rompak juga. Macam mana nak bantu? Diri sendiri pun terkial-kial.

6. Kita mungkin perasan yang negara-negara Islam ini dijajah oleh Perancis, Sepanyol, Itali, British, Belanda, Portugal atau mana-mana penjajah lain. Termasuklah Tanah Melayu (Malaysia) yang dijajah oleh Portugis, Belanda, Jepun dan British. Nampak? Kita boleh nampak trend atau siri penjajahan yang berlaku dengan cukup dahsyat. Sebab itu kejatuhan Uthmaniyyah bukan dirancang semberono, atau bukan secara ala kadar. Tetapi ia adalah suatu usaha terancang untuk menjatuhkan khilafah yang dirancang berkurun-kurun sebelum itu.

Jika kita rujuk sejarah, macam mana negara-negara ini boleh “hilang” satu demi satu? Ia bukan hilang sekaligus dalam masa satu kurun. Tidak. Ini bukan magik.

7. Mengikut pemerhatian, umumnya ia dah berlaku bermula sejak dari awal kurun ke 16 atau hujung kurun ke 15. Kalau kita tengok sejarah, kurun ke 15 ini merupakan garis pemisah antara Islam dan Eropah, Yahudi dan seumpamanya. Hujung kurun ke 15, orang Eropah ‘grafnya’ menaik yang mana mereka mula meninggalkan zaman ‘Dark Age’. Manakala orang Islam ‘grafnya’ menurun secara beransur-ansur. Graf ini boleh tengok dalam gambar yang saya selit pada siri yang kedua.

Jadi kurun ke 15 ni, Islam bukannya makin naik, tetapi makin turun. Huhu.

8. Orang Eropah yang kita kenali sebagai satu kaum yang duduk dalam zaman gelap (Dark Age) bermula pada kurun ke 5 dan berakhir pada kurun ke 15, lebih kurang dalam 10 kurun. Masuk kurun ke 15, mereka mula bangkit sikit demi sedikit. Kalau dalam buku teks sejarah sekolah, pasti korang akan menjumpai perkara ni. Jika diperhatikan, ada beberapa peristiwa yang mengubah landskap dunia ni.

9. Peristiwa pertama adalah apabila orang Islam berjaya membuka kota Konstantinopel pada pertengahan kurun ke 15, iaitu sekitar tahun 1453. Konstantinopel, atau kita kenali sebagai Istanbul sekarang ini, merupakan salah satu daripada 3 ibu negara Empayar Rom. Empayar Rom ada tiga ibu negara (atau kota suci), iaitu Kota Vatikan atau Vatican City di Itali yang kekal sampai sekarang sebagai kiblat utama orang Kristian hari ini, kemudian Baitul Maqdis yang paling Timur dan kemudian Konstantinopel yang berada di tengah sikit iaitu di Istanbul hari ini.

10. Baitul Maqdis telah jatuh di tangan Saidina Umar, manakala kota Konstantinopel pula jatuh di tangan Sultan Muhammad al Fateh pada kurun ke 15. Apabila jatuh saja Konstantinopel, dendam kesumat Eropah terhadap orang Islam makin tinggi. Mereka ini dah la kalah dalam Perang Salib kedua. Dan kekalahan orang Kristian dalam perang salib ini pun sebenarnya ada banyak faktor. Nak tahu? Ok, panjang sikit naa baca. Huhu.

11. Seperti kita tahu, orang Eropah ini memang duduk dalam zaman gelap dan tak ada teknologi canggih. Jangan percaya sangat cerita Hollywood yang kononnya menggambarkan raja-raja lama Eropah ni hebat, moden dan sebagainya, sedangkan kebanyakkan tak betul pun. Kalau sesiapa yang pernah ke Eropah, mungkin pernah pergi ke istana lama. Istana lama tu kalau perhatikan reka bentuknya secara teliti, kita akan dapati ia dalam bentuk yang suram dan agak menyeramkan. Sebab apa?

Sebab dulu orang Eropah ni hidup dipenuhi mistik. Malah kebanyakkan istana mesti di sebelahnya geraja, dan di situ juga ada ahli sihir. Kalau siapa pernah tengok cerita Merlin contohnya, itu memang budaya raja-raja dulu. Mereka memang hidup dalam mistik dan primitif. Mereka percaya sihir bahkan hidup dalam sihir. Bukan orang setakat tok dukun lama-lama je. Belum cerita lagi tentang melawan ilmu sains, dan sebagainya. Jadi begitulah serba sedikit kehidupan orang Eropah di zaman gelap.

12. Berbeza dengan istana orang Islam yang banyak unsur keceriaan, antaranya yang terkenal adalah al-Hambra di Andalusia (hari ini dipanggil Sepanyol). Nampak kemodenan, dan kemesraan kepada rakyat. Bahkan, kehebatan Istana al-Hambra ini, walaupun Andalusia dijajah dan dijarah oleh tentera Kristian, mereka ‘terpaksa’ untuk tidak menghancurkan Istana al-Hambra dan Masjid Cordova. Sebab apa? Sebab teknologi, seni, sains, dan seumpamanya yang sangat luar biasa, sehinggakan mereka rasa rugi untuk memusnahkannya. Akhirnya, dibuat muzium saja.

13. Sebab tu, apabila kita baca sejarah siri-siri peperangan Salib, kita akan nampak bahawa mereka semua pergi ke sebelah Timur dengan membawa anak isteri! Malah ada sesetengah tentera salib itu mati di tengah jalan kerana sakit-sakit yang biasa. Sebab apa? Sebab mereka tiada ubat. Ada yang mati kerana demam panas dan seumpamanya. Mereka tiada teknologi perubatan canggih macam orang Islam. Namun ditaqdirkan Allah, mereka tetap juga menang dalam perang salib pertama walaupun akhirnya kalah pada perang Salib kedua.

14. Jadi, selepas saja kejatuhan Konstantinopel pada tahun 1453, dendam kesumat mereka semakin membara dan tinggi. Lalu mereka usaha bersungguh-sungguh untuk pecahkan segala kebuntuan serta bergabung untuk mencari jalan bagaimana nak serang orang Islam. Ditambah dengan satu lagi peristiwa berlaku pada sekitar tahun 1492 iaitu kejatuhan Andalusia yang akhirnya ditukar nama kepada Sepanyol.

15. Andalus adalah sebuah negara Islam, dibuka sejak zaman Bani Umayyah dan bertahan sebagai negara Islam selama sekitar 8 kurun. 1 kurun bersamaan 100 tahun. Malah, salah satu daripada pusat tamadun Islam pernah berada di Andalus. Di situ ada teknologi pembinaan, sains yang hebat, ketamadunan, ulama ramai antaranya Imam Syatibi, dan sebagainya. Dan itu adalah pusat pemerintahan Islam.

16. Tetapi ditaqdirkan Allah, setelah orang Eropah hilang Konstantinopel, beberapa tahun kemudian, mereka berjaya dapat dan jatuhkan Andalus melalui gabungan King Ferdinad dan Queen Isabel. Apabila berjaya jatuhkan Andalus, semangat mereka naik mendadak lain macam. Mereka mula rasa konfiden untuk jatuhkan orang Islam sebab mereka berjaya jatuhkan Andalus. Kenapa pula? Kerana Andalus ni bukan mudah nak dijatuhkan. Macam saya sebut, ia adalah negara yang canggih dan pusat kepada tamadun.

Itu baru satu peristiwa. Ada satu lagi peristiwa penting yang mengubah landskap dunia ini, yang juga berlaku pada hujung kurun ke 15. Nak tahu apa peristiwanya? Macam biasa, komen “Andalusia Yang Hilang”.

InsyaAllah saya akan sambung pada malam ini. Mohon doakan saya dalam qiamullail korang.

Moga manfaat. Macam biasa, boleh share untuk manfaat ramai, tiada masalah. 

Shukery Azizan.
Tarbiah Sentap.

www.indahnyaislam.my

2 thoughts on “(SIRI 4) Kisah kejatuhan Turki Uthmaniyyah dan pengajaran untuk Malaysia yang mesti anda tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *