home Kolumnis, Semasa Hanya Allah Boleh Menghukum LGBT?

Hanya Allah Boleh Menghukum LGBT?

 

1. Benarkah hanya Allah sahaja berhak untuk menghukum LGBT seperti mana yang menimpa kaum Nabi Lut? Saya fikir pandangan ini adalah tidak tepat. Ini kerana, Allah dan Rasul sendiri menyarankan supaya kita mencegah kemungkaran dan mengenakan hukuman terhadap pesalah. Saranan ini adalah bagi mengekang kerosakan berleluasa.

2. Rasulullah sendiri meletakkan hukuman yang amat keras terhadap pelaku LGBT. Sabda Baginda Nabi:

مَنْ وَجَدْتُمُوه يَعمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ والمَفْعُولَ بِهِ

Maksudnya: Barangsiapa yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, maka bunuhlah si pelaku dan yang diperlakukan. (HR al-Tirmizi dan Abu Daud)

Dalam merelisasikan saranan ini, al-Imam al-Syaukani menjelaskan bahawa Khulafa al-Rasyidin turut pernah menjatuhkan hukuman yang berat terhadap pelaku homoseksual. (al-Shawkani, Sayl al-Jirar, 1/840)

3. Selain Islam, hukuman terhadap LGBT juga pernah dilaksanakan oleh Kerajaan British. Perundangan English (English Law) pernah menetapkan hukuman gantung pada kesalahan gay sekitar 1533. Pada 1835, British masih memberikan hukuman mati pada James Pratt dan John Smith.

4. Sekitar awal 1950-an, polis di England masih lagi aktif menjalankan penguatkuasaan undang2 terhadap hubungan sejenis. Pada penghujung tahun 1954, seramai 1069 lelaki Gay ditahan di penjara sekitar England dan Wales.

5. Menurut al-Qardawi, tindakan tegas yang dikenakan oleh Syariat Islam ini adalah bagi membersihkan masyarakat dari budaya yang tidak sihat. Malah perlakuan ini membawa kepada penyebaran penyakit yang tidak diingini. (al-Qardawi, al-Halal wa al-Haram.)

6. Benar, perkara yang paling asas dalam menangani isu LGBT ini adalah dengan mendekati mereka dan bukan menghukum. Sahabat kami Prof Dr. Rafidah Hanim telah memulakan usaha menyantuni golongan ini melalui pasukan WAFIQ (Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education).

Selain itu, masyarakat secara umumnya juga harus difahamkan dengan implikasi amalan hidup yang bercanggah dengan Islam seperti LGBT ini.

Sila layari laman WAFIQ: https://www.facebook.com/pg/WAFIQMALAYSIA/posts/

7. Kita sama-sama bantu mendidik masyarakat. Kita sama-sama bantu menyantuni golongan ini. Kita tidak mahu sesiapa di zalimi dan di diskriminasi. Kita santuni mereka dengan kasih sayang.

Semoga Allah membimbing kita semua ke arah yang lebih baik.

Dr Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *