home Kolumnis, Semasa Sekolah tahfiz melahirkan generasi jumud?

Sekolah tahfiz melahirkan generasi jumud?

 

1. PADA 7 Julai 2018, Tan Sri Zainudin Maidin, bekas Menteri Penerangan Malaysia menyarankan kepada Dr Mujahid Yusuf Rawa agar sekolah Tahfiz ditutup. Ini adalah kerana menurut beliau, sekolah ini melahirkan amalan agama yang jumud.

2. Kenyataan ini sangat menghairankan. Bagaimana pengajian al-Quran melahirkan generasi yang jumud sedangkan antara faktor yang membawa kepada kemajuan Islam itu sendiri adalah pemahaman tentang al-Quran.

3. Ibn Sina, tokoh perubatan Islam yang memberikan sumbangan besar dalam bidang perubatan dikatakan selesai menghafaz al-Quran sebelum berusia 10 tahun. Al-Razi (Rhazes), tokoh yang memberi sumbangan dalam perubatan juga (melalui penemuan smallpox dan measles) juga selesai menghafaz Quran pada usia 8 tahun. Al-Biruni, pakar astronomi Islam juga adalah tokoh yang menguasai Quran sejak kecil.

4. Apa yang perlu dilakukan adalah penambahbaikam sistem pendidikan dan pengurusan tahfiz, bukannya ditutup sekolah tersebut.

5. Berapa banyak juga sistem di Malaysia membuktikan pelajar tahfiz, yang menghafaz al-Quran telah diserapkan ke dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan pelbagai bidang lain dan mereka ini turut berjaya seperti pelajar lain. Ia sedikit pun tidak menjadikan pelajar kita mundur kebelakang.

6. Yang barangkali boleh dikatakan sebagai jumud dan mundur adalah mereka yang berpandangan Quran merencatkan kemajuan akal dan menghalang pembangunan jiwa yang sejahtera.

Moga Allah membimbing dan membangunkan negara ini dengan ruh al-Quran.

Dr Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *