home Semasa Islam nombor satu, sukan nombor dua: Khabib

Islam nombor satu, sukan nombor dua: Khabib

Juara Lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov hanya mampu tunggu dan lihat mengenai masa depannya di UFC.

Ini kerana Suruhanjaya Olahraga Neveda belum lagi menentukan bentuk tindakan bakal dikenakan ke atas ikon sukan tempur campuran (MMA) Dagestan itu.

Apa pun, perkara tersebut tidak menganggu Khabib kerana baginya agama lebih penting berbanding sukan.

Pada Mei lalu, Khabib menolak tawaran kontrak lumayan untuk beraksi di UFC 224 kerana ia bertembung dengan ibadah puasa.

“Bagi saya, agama lebih penting. Kita jangan tinggalkan solat dan sentiasa berhubung dengan Tuhan.

“Sepanjang Ramadan saya mahu tumpukan kepada ibadah, itu lebih penting,” katanya.

Khabib ketika ini memegang rekod 27-0 dalam MMA, satu rekod yang jarang dicipta mana-mana atlet sukan tempur.

Beliau meraih tali pinggang Lightweight selepas mengalahkan Al Iaquinta pada aksi UFC 223 di Brooklyn pada April lalu.

Juara dunia sambo dua kali itu mempertahankan gelarannya selepas menjinakkan Conor McGregor pada aksi UFC 229 di Las Vegas, kelmarin. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

4 thoughts on “Islam nombor satu, sukan nombor dua: Khabib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *