home Kolumnis, Semasa Awas! Syaitan dan agenda normalisasi maksiat

Awas! Syaitan dan agenda normalisasi maksiat

1- Selepas Syaitan diisytihar sesat, ia telah berjanji untuk menyesatkkan seluruh umat manusia. Salah satu method yang digunakan dan disebut di dalam al-Quran adalah sepertimana firman Allah s.w.t di dalam surah al-Hijr ayat 39:

قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

“Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,”.

Jika kita melihat kepada ayat-ayat dia atas kita boleh lihat bagaimana salah satu methodologi yang digunakan oleh Syaitan bagi menyesatkkan manusia dan menjauhkan mereka daripada Allah s.w.t adalah dengan “memperelokkan maksiat atau ideologi songsang yang bertentangan dengan syariah supaya ia menjadi sesuatu yang boleh diterima oleh masyarakat”.

2- Method yang sama digunakan bagi memperdaya manusia untuk melakukan perbuatan syirik kepada Allah s.w.t. FirmanNya:

وَجَدْتُهَا وَقَوْمَهَا يَسْجُدُونَ لِلشَّمْسِ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ فَصَدَّهُمْ عَنِ السَّبِيلِ فَهُمْ لَا

“Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk,” Surah an-Naml: 24

3- Maksiat atau ideologi songsang yang dibawa akan diperhias agar menjadi suatu yang cantik, lunak serta sedap di dengar. Sebagai contoh bagaimana suatu ideologi yang bertentangan dengan Islam dibawa kepada masyarakat dengan disandarkan kepada Islam seperti Islam Liberal. Ifthar Gay, Imam Gay , Masjid Gay, hak eLGiBiTi dan lain-lain. Laungan demi laungan di buat agar ia menjadi suatu yang normal dan diterima oleh masyarakat.

4- Mereka akan berselindung di sebalik laungan hak asasi manusia bagi membenarkan segala perbuatan yang bertentangan dengan syarak. Kehendak manusia atau ideologi humanisme diagungkan dan diberikan ruang seluas-luasnya untuk dilaksanakan sedangkan perkara yang berhubungan dengan syariat Islam hanya boleh dilaksanakan di ruang lingkup peribadi sahaja. Malah penafsiran terhadap ayat-ayat al-Quran juga digunakan secara selektif dan berasaskan nafsu bagi membenarkan kehendak-kehendak ideologi humanisme ini.

5- Selain daripada itu, mereka yang bijak pandai turut terpedaya setelah Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka terhadap amal-amal mereka (yang jahat itu), lalu ia menghalangi mereka dari terus berada di jalan Allah. Firman Allah s.w.t:

وَعَادًا وَثَمُودَ وَقَدْ تَبَيَّنَ لَكُمْ مِنْ مَسَاكِنِهِمْ ۖ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ فَصَدَّهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَكَانُوا مُسْتَبْصِرِينَ

“Dan (ingatkanlah peristiwa kebinasaan) Aad (kaum nabi Hud) dan Thamud (kaum Nabi Soleh); dan telahpun ternyata kepada kamu sebahagian dari bekas-bekas tempat kediaman mereka; dan (kebinasaan mereka yang demikian ialah disebabkan) Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka: amal-amal mereka (yang jahat itu), lalu ia menghalangi mereka dari jalan Allah; padahal mereka orang-orang yang bijak pandai dan berakal (yang dapat membezakan yang benar dan yang salah).” Surah al-Ankabut: 38

فَلَوْلَا إِذْ جَاءَهُمْ بَأْسُنَا تَضَرَّعُوا وَلَٰكِنْ قَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.” Surah al-An’am: 43

6- Akhirnya, mereka yang terpedaya ini samada sedar atau tidak akan mengambil syaitan sebagai pemimpin mereka dalam menjalankan agenda syaitan untuk menyesatkan manusia sepertimana firman Allah s.w.t :

تَاللَّهِ لَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَىٰ أُمَمٍ مِنْ قَبْلِكَ فَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ فَهُوَ وَلِيُّهُمُ الْيَوْمَ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

“Demi Allah! Sesungguhnya kami juga telah mengutus Rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad), lalu Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu; maka dia lah menjadi pemimpin mereka pada hari ini; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” Surah an-Nahl: 63

Semoga Allah s.w.t memelihara kita daripada terpedaya dengan agenda yang dibawa oleh syaitan. Tiada jalan lain kecuali dengan kembali kepada rujukan Al-Quran dan As-Sunnah.

Ustaz Mus’ab Norkefli
Sarjana Syariah Universiti Malaya

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *