home Kolumnis, Semasa Keluar, maka keluarlah!

Keluar, maka keluarlah!

 

1. Ketika Abu Talhah membaca ayat 41 dari surah al-Taubah (infiru khifafan wa thiqalan), beliau lantas berkata:

أرى ربنا استنفرنا شيوخاً وشباناً، جهزوني يا بنَّي

“Sesungguhnya aku melihat Allah meminta supaya kita semua keluar berjuang samada dalam keadaan tua maupun muda (susah maupun senang). Wahai anak-anakku, persiapkanlah diriku untuk keluar (berjihad)!”

2. Abu Talhah adalah sahabat Nabi yang telah tua. Melihat keadaannya yang sudah tua dan uzur, anak-anaknya berkata:

قد غزوت مع رسول اللّه صل اللّه عليه وسلم حتى مات، ومع أبي بكر حتى مات، ومع عمر حتى مات، فنحن نغزو عنك

“Wahai ayah, engkau telah berjuang di zaman Rasulullah, kemudian Rasulullah meninggal. Engkau berjuang lagi di zaman Abu Bakar sehingga beliau meninggal, dan engkau berjuang juga zaman Umar, sehingga beliau meninggal. Kini zaman Uthman, biarlah kami yang berjuang, engkau rehatlah wahai ayah!”

3. Abu Talhah enggan. Semangat juangnya tidak pernah luntur. Beliau mempersiapkan dirinya sendiri. Sehingga syahid di atas kapal. Ketika itu Saidina Uthman membina armada tentera laut Muslim yang pertama. Beliau dikebumikan setelah sembilan hari jenazah beliau berada di atas kapal tanpa rosak. (al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, Tafsir Ibn Kathir, Tafsir al-Tabari)

4. Begitulah sahabat Nabi. Konsisten dalam perjuangan. Samada susah maupun senang. Mereka sangat patuh pada arahan Rasulullah. Teringat saya pesan Rasulullah:

وإذا استنفرتم فانفروا

“Apabila kamu diminta keluar, maka keluarlah!”

Moga Allah menyatukan hati-hati Muslim

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *