home Kolumnis, Semasa Muslim kuat dengan ilmu dan kesatuan

Muslim kuat dengan ilmu dan kesatuan

 

1. Siti Kasim menggambarkan Muslim sebagai satu bangsa yang lemah dan mundur. Corak pemikiran sebegini tidak ubah sama dengan kerangka naratif yang dibawa oleh penjajah dan pemikir barat sejak dahulu lagi. Dr. Edward Said di dalam karyanya (Orientalism) menjelaskan bagaimana barat membahagikan dunia kepada beberapa bahagian dan menyifatkan Muslim sebagai mundur dan lemah.

2. Edward Said turut melihat pemikiran sebegini adalah satu kempen untuk melemahkan jiwa Muslim itu sendiri. Sehingga sampai satu tahap Muslim itu sendiri merasa tidak berdaya, malu dengan Islam, bahkan malu untuk mengaku dirinya sebagai Muslim.

3. Menurut Dr Mustafa Siba’ie, kerangka pemikiran sebeginilah yang dibawa oleh pihak imperialis, sebagai senjata baru bagi menghilangkan identiti serta jati diri Muslim itu sendiri.

4. Alangkah jauhnya kita dengan Saidina Umar yang berbangga dengan Islam. Malah beliau menegaskan bahawa kita hanya mulia dengan Islam. Allah akan memuliakan kita dengan kesungguhan kita membawa nilai yang dibawa oleh Islam.

5. Benar, Muslim itu seharusnya memperbaiki diri mereka selari dengan tuntutan Islam. Namun mengambil barat sebagai model pembangunan modal insan adalah satu keputusan yang salah.

6. Lihat betapa ramai Muslim yang turut cemerlang pada hari ini dipelbagai bidang. Tiga saintis Melayu Muslim dari Malaysia pernah disenaraikan sebagai antara 72 saintis Minda Sains Paling Berpengaruh Dunia oleh Agensi Perkhidmatan Penarafan Indeks Saintifik Dunia, Thomson Reuters yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat (AS).

7. Malah Dr. Nurul Adlyka sebelum ini pernah dimasyhurkan antara saintis muda Muslim yang terlibat dalam penemuan bukti kewujudan Supermassive Black Hole. Semua ini menunjukkan Islam dan Muslim boleh untuk menempa kekuatan yang lebih jauh.

8. Bahkan kesatuan Muslim juga akan memberikan kekuatan buat Islam dan Muslim. Tahukan anda, Siti Kasim telah kalah dan tersingkir dalam pemilihan anggota Badan Peguam Malaysia (Bar Council) baru-baru ini. Barisan peguam yang menang adalah mereka yang menolak ratifikasi ICERD. Ini sekaligus menunjukkan, kesatuan Muslim akan memberikan kekuatan buat agenda Islam.

9. Mari Tuan-puan kita sepakat untuk Islam. Leburkan kepentingan dunia dan keegoan kumpulan, mari bersatu demi Islam.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

One thought on “Muslim kuat dengan ilmu dan kesatuan

  1. Cadangan yg sangat bagus sebenarnya siti kasim seorang yg bodoh dan buta sejarah
    Hufaz alquran lebih baik dari sekular
    Mari tegakkan ahli sunnah waljamaah dan undang undang syariah supaya selamat dunia dan akhirat tidak seperti undang undang yg dipelajari olih siti kasim
    Bukti bahawa undang undang syariah adalah tepat ialah dunia sekarang sudah jadi kucar kacir disebabkan tidak mengikut undang undang Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *