home Semasa Ratu Wushu Asia Tenggara pilih Islam

Ratu Wushu Asia Tenggara pilih Islam


PENYANDANG Pingat Emas Asian Games 2018 bagi acara Wushu, Lindwells Kwok memilih untuk masuk Islam setelah beberapa ketika mengkaji tentang agama tersebut. Demikian pengakuan yang dibuat Ratu Wushu Asia Tenggara tersebut seperti yang dilaporkan oleh detik.com.

Namun dalam satu video lain, beliau menegaskan bahawa keputusan untuk beliau ‘pindah agama’ bukanlah dibuat atas sebab ingin menikahi buah hatinya, rakan atlet Achmad Hulaefi. Namun kedua-duanya menegaskan bahawa saling memberi peringatan bahawa tindakan untuk memilih Islam haruslah didasarkan kepada keyakinan akan kebenarannya dan bukannya sebab-sebab lain.

Menurut mereka berdua yang diwawancara saluran Kumparan di YouTube, perhubungan mereka juga tidak ada apa yang istimewa. Namun sehinggalah Lindwells Kwok memeluk Islam barulah Hulaefi merasakan bertanggungjawab untuk mengambil beliau sebagai pasangan hidup.

Perkahwinan mereka diadakan Isnin lepas dengan meriah walaupun bersederhana demi menzahirkan kehormatan kepada ahli kelaurga Lindwells Kwok yang masih belum boleh menerima ketentuan beliau sudah memeluk Islam.

Lindwells Kwok berkecimpung dalam arena sukan wushu sejak muda belia lagi. Pada umur 15 tahun beliau telah aktif di arena sukan wushu antarabangsa. Namun akibat kecederaan lutut yang dideritainya sekian lama, beliau kini memilih untuk bersara. – menara.my

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

2 thoughts on “Ratu Wushu Asia Tenggara pilih Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *