home Semasa Kehadiran Subuh berjemaah Sultan Abdullah jadi inspirasi

Kehadiran Subuh berjemaah Sultan Abdullah jadi inspirasi

 

SULTAN Abdullah Sultan Ahmad Shah menunaikan solat subuh di Masjid Imam Ash Shafie Kota SAS, Kuantan iaitu rutinnya sebagai ahli kariah masjid terletak berhampiran kediamannya, Istana Abdulaziz.

Baginda yang dimasyhurkannya sebagai Sultan Pahang keenam mengenakan jubah berwarna hijau dan kopiah putih.

Selesai solat subuh, Sultan Abdullah turut menyertai Talaqqi al-Quran bersama jemaah masjid itu.

Jemaah mengambil kesempatan bersalaman dan beramah mesra sambil mengucapkan tahniah kepada Sultan Abdullah di atas pemasyhurannya sebagai Sultan Pahang.

 

 

Mereka turut melaungkan ‘Daulat Tuanku’ sebelum baginda meninggalkan masjid.

Baginda kemudiannya berkenan bersarapan di Restoran D’Wafi, Taman Mahkota Putra, Kuantan yang lazim dilawatinya selepas solat Subuh.

Di restoran itu, Sultan Abdullah mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan orang ramai dan bertanya khabar.

Sementara itu, Imam Besar 1 Masjid Imam Ash-Shafie, Izalludin Mat Nor, 53, berkata sudah menjadi rutin buat Sultan Abdullah menunaikan solat Subuh di masjid itu sejak ia dibuka.

“Memang tuanku biasa ke sini solat Subuh berjemaah, kadang-kadang bersama Tengku Puan Pahang (Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah)… tuanku membaca dua muka surat al-Quran selepas itu dan tarawih (pada Ramadan).

“Kami di Kota SAS rasa seronok dan saya sebut kepada tuanku yang kehadirannya menjadi sumber inspirasi kepada penduduk menyebabkan semakin ramai jemaah datang ke masjid untuk solat Subuh,” katanya. – Harian Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *