home Semasa Penduduk Palestin jadi ‘tikus makmal’ Zionis

Penduduk Palestin jadi ‘tikus makmal’ Zionis

 

BAITULMAQDIS: Seorang profesor Arab di Universiti Hebrew mendakwa tentera Israel sengaja menyasarkan penduduk Palestin termasuk kanak-kanak bagi menguji keberkesanan senjata api dan bom mereka.

Nadera Shalhoub-Kevorkian berkata, rakyat Palestin dijadikan ‘tikus makmal’ sejak sekian lama oleh Zionis.

Katanya lagi, tentera Israel memilih secara khusus mangsa mereka dan menjadikan generasi muda Palestin sebagai ‘subjek kegemaran’ ketika melakukan eksperimen tersebut.

“Kajian dan temu ramah dengan penduduk Palestin terutamanya kanak-kanak mendapati tentera Israel selalu memeriksa bom mereka sebelum melakukan serangan,” katanya.

Penggunaan peluru hidup semasa menyuraikan tunjuk perasaan di sepanjang sempada Gaza-Israel turut menguatkan lagi tanggapan tersebut.

Pihak atasan Universiti Hebrew enggan mengulas dakwaan Nadera dan menganggap ia hanyalah pendapat peribadi wanita terbabit.

Tuduhan terbaru terhadap tentera Israel itu dibuat selepas beberapa media melaporkan pihak rejim mencuri organ dari jenazah kanak-kanak Palestin yang mereka bunuh.

Israel mengakui pakar patologi forensiknya pada 1990-an mengambil organ daripada mayat termasuk mayat penduduk Palestin tanpa kebenaran keluarga mereka.

Beberapa tahun lalu, Israel mengakui pakar patologi forensiknya pada 1990-an mengambil organ daripada mayat termasuk mayat penduduk Palestin tanpa kebenaran keluarga mereka. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *