home Kolumnis, Semasa LGBT: Apakah mereka menolak kewujudan Allah?

LGBT: Apakah mereka menolak kewujudan Allah?

 

1. Ada yang bertanyakan kepada saya tentang kenyataan yang disuarakan oleh kumpulan penyokong LGBT ini. Secara zahirnya, ayat mereka ini seakan menolak kewujudan Allah, menyifatkan Quran hanyalah cereka sahaja, bahkan menyatakan hanya orang yang bodoh sahaja yang menyembah Allah.

2. Astaghfirullah. Inilah antara contoh pemikiran liberal yang ekstrem. Memberikan manusia kebebasan tanpa sempadan yang jelas akan menghasilkan pemikiran yang tidak mempunyai pedoman.

 

Image may contain: text

 

3. Atas dasar itu Allah utuskan para Nabi bersama dengan Kitab mereka sebagai panduan. Kita sebagai umat Nabi Muhammad menjadikan Rasulullah sebagai tauladan hidup dan al-Quran sebagai kitab yang membimbing ke jalan yang benar.

4. Corak pemikiran liberal yang ekstrem sebegini pernah berlaku terhadap umat terdahulu. Mereka mencabar Nabi Isa agar diturunkan hidangan dari langit, mereka meminta Nabi Ibrahim supaya menghidupkan jasad yang telah mati, malah mereka meminta Rasulullah segala permintaan yang aneh, bukan kerana untuk beriman, tetapi untuk memperkukuhkan kekufuran mereka kepada Allah. Lalu Allah berikan pengajaran kepada umat ini.

5. Semoga Allah membimbing kita, ahli keluarga kita dari pemikiran liberal sesat yang melampau. Bimbinglah ahli keluarga kita untuk menjadikan Allah dan Rasul sebagai panduan dan pedoman hidup.

Moga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *