home Semasa Lima hikmah peristiwa #christchurchshooting

Lima hikmah peristiwa #christchurchshooting

 

1. Allah s.w.t ingin memberikan kematian yang mulia kepada orang-orang Islam yang terkorban. Meninggal dunia pada hari yang paling mulia (Jumaat) di tempat yang paling mulia (rumah Allah s.w.t) dan sebahagiannya dalam keadaan paling mulia (bersujud menyembah Allah s.w.t). Adakah kematian yang lebih baik? Insya-Allah syahid dan syurga buat mereka semua.

2. Allah s.w.t ingin memberikan gambaran kepada seluruh ummat Islam bagaimana pembunuhan jutaan saudara seaqidah kita (termasuk wanita dan kanak-kanak) yang tidak dirakamkan berlaku di seluruh dunia di Palestin, Syria, Mesir, Afghanistan, Iraq, Bosnia, China, Ambon, Chechnya dan banyak lagi. Sekurang-kurangnya kita dapat merasai keadaan sebenar dan terbuka mata serta minda, walaupun mungkin kekejaman yang berlaku terhadap umat Islam sepanjang zaman jauh lebih kejam.

3. Allah s.w.t ingin menyedarkan kita bahawa betapa kuatnya sentimen membenci Islam sebagai agama terbaik, paling mulia dan paling pesat berkembang hari ini. Apa yang berlaku ialah manifestasi dendam kesumat dalam bentuk tindakan, percayalah apa yang berada dalam hati musuh-musuh Islam ini jauh lebih teruk (firman Allah s.w.t)

4. Kejahatan dan kebencian DAP terhadap Islam yang tidak ada kena mengena dengan peristiwa ini juga terbongkar. Para pimpinan mereka mengeluarkan kenyataan busuk berbaur hasutan dan kebencian terhadap Islam. Mereka seakan sentiasa ternanti-nanti musibah yang melanda umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia bagi menghamburkan makian, cacian dan penghinaan terhadap agama yang paling mereka benci ini.

5. Allah s.w.t ingin melihat solidariti umat Islam seluruh dunia. Cubit peha kanan, terasakah peha kiri kita? Ayuh kita doakan mereka semua dan tunjukkan kesatuan bagi menghadapi hari gelap yang akan terus menghantui umat Islam di New Zealand khususnya dan di seluruh pelusuk dunia amnya.

Ir. Hj. Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

One thought on “Lima hikmah peristiwa #christchurchshooting

  1. DAP lagi kejam dari orang kulit putih Newzealand walaupun bertahun tahun menumpang kesenangan dari umat islam di Malaysia tetapi tidak pernah sedar diri dan terbuka hati untuk memeluk islam berbanding dengan orang kulit putih walaupun islam minoriti dinegara mereka mereka tetap memberi sokongan dan solidariti semoga mereka mendapat hidayah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *