home Semasa, Tarbiah Persiapan menuju Ramadan di bulan Rejab

Persiapan menuju Ramadan di bulan Rejab

 

SEMPENA kedatangan bulan Rejab yang merupakan salah satu bulan-bulan haram dalam Islam, marilah kita mempersiapkan diri, keluarga, anak buah usrah dan masyarakat dengan dekatnya bulan Ramadan al-Mubarak.

Tiga persiapan dalam bulan ini untuk dilakukan bersama keluarga dan anak buah usrah:

1. Muhasabah diri: Dengan cara melakukan penilaian kendiri (self-assessment) berkenaan amal ibadah, dosa dan maksiat, kecuaian terhadap dakwah dan kealpaan terhadap masa yang ada. Imam Ahmad bin Hanbal berpesan kepada kita semua untuk tidak terlepas dari tiga waktu yang amat berharga ini: waktu munajat dengan Allah swt, waktu muhasabah diri, waktu bersama sahabat yang menegur keaiban dirinya dan waktu.

Cari masa dalam sebulan ini untuk beriktikaf antara Maghrib dan Isya’, putuskan sebentar dengan dunia luar, fokus kepada tilawah dan doa. Itulah pembuka pintu kemenangan dakwah kita.

2. Taubat dan Istighfar: Inilah masanya untuk kita memperbahrui taubat kita kepada Allah swt daripada segala dosa dan kesalahan. Boleh baca bab Taubat dalm buku hadis Riyadus Solihin karangan Imam Nawawi untuk menghayati makna taubat yang hakiki. Dakwah kita mundur kerana dosa para pendukungnya.

3. Persiapan keluarga dan rumah: Mulakan hiasan yang mudah dan menarik berkenaan Ramadhan. Buat count-down dan ajak anak-anak hias dan kira setiap hari mendekati bulan Ramadhan. Rejab adalah bulan Isra dan Mikraj, boleh kongsikan kisah-kisah menarik berkenaan Israk dan Mikraj kepada anak-anak dan juga jiran tetangga dalam bentuk bacaan cerita, tayangan video bersama keluarga. Hubungkaitkan Israk dan Mikraj dengan perjuangan membebaskan al-Quds dengan membudayakan tabung Palestin di rumah supaya anak-anak kita faham isu umat ini

Ustaz Shuhaib Ar-rumy Selamat

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *