home Kolumnis, Semasa Syaitan bimbang kesatuan ummah

Syaitan bimbang kesatuan ummah

 

1. Dalam al-Quran Allah menegaskan bahawa syaitan berperanan menimbulkan permusuhan terhadap umat Islam. Firman Allah:

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنزَغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلإِنْسَانِ عَدُوًّا مُّبِينًا

“Sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.” (Surah al-Isra)

2. Dalam menghuraikan ayat ini, al-Imam al-Baghawi meenyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan menghasut itu adalah:

يُفْسِدُ وَيُلْقِي الْعَدَاوَةَ بَيْنَهُمْ

“Syaitan akan mencampakkan permusuhan di kalangan muslim.”

3. Dengan sebab itu al-Imam Ibn Asyur menjelaskan bahawa pergaduhan di antara adik beradik Nabi Yusuf itu dikatakan hasil hasutan syaitan. Ini dijelaskan melalui firman Allah melalui kisah Nabi Yusuf:

مِنْ بَعْدِ أَنْ نَزَغَ الشَّيْطانُ بَيْنِي وَبَيْنَ إِخْوَتِي

“(perselisihan berlaku) selepas daripada syaitan menghasut di antara aku dan adik beradikku (Nabi Yusuf)”

Mudah-mudahan Allah memelihara kita dari hasutan syaitan.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *