home Semasa Brunei membalas kecaman PBB terhadap hukuman syariah

Brunei membalas kecaman PBB terhadap hukuman syariah

 

SETELAH mendapat kecaman yang hebat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan pelaksanaan hukuman syariah, Brunei kemudian membalas dengan menghantar surat kepada pertubuhan tersebut.

Surat tersebut ditandatangani sendiri oleh Dato Seri Paduka Awang Haji Erywan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Brunei untuk menjelaskan salah faham terhadap hukuman syariah yang ingin dijalankan.

Surat tersebut menjelaskan selama beberapa abad, Islam telah menjadi agama rasmi Brunei Darussalam dan menjadi acuan budaya dan cara hidup masyarakatnya.

“Brunei adalah negara yang kecil, dengan populasi yang kecil. Nilai keagamaan yang kuat berlandaskan tradisi dan budaya yang kaya, membentuk identiti asas rakyat Brunei – yang saling menyayangi, mencintai keamanan, dan saling menghormati – ini sangat penting untuk dipeliharai”

“Brunei berbangga kedaulatan dengan yang dimilikinya, dan seperti mana negara – negara merdeka yang lain, negara ini menegakkan undang – undang selari dengan nilai budaya dan agamanya. Maka, penegakan hak asasi manusia antarabangsa mestilah mengambil kira konteks nasional seperti latar belakang politik, ekonomi, perudangan, kebudayaan, sejarah dan agama yang kita kongsikan”

Berikut adalah beberapa poin penting yang ditegaskan oleh surat tersebut, yang menjelaskan beberapa salah faham PBB terhadap penegakan hukum shariah negara tersebut:

  • Perlembagaan Brunei menyatakan Islam adalah agama rasmi, tetapi secara jelas mengiktiraf hak bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka dengan aman dan damai.
  • Brunei Darussalam mengamalkan dwi sistem perundangan yang berlandaskan Syariah dan common law. Dengan implementasi SPCO (Syariah Penal Code Order), kedua – dua sistem bergerak selari.
  • Objektif syariah adalah untuk membentuk masyarakat di mana agama, kehidupan, intelek, harta dan keturunan dijaga dan dipelihara.
  • Ditegaskan bahawa sistem jenayah Syariah memfokuskan pencegahan, bukan penghukuman. Ia bertujuan mendidik, mencegah, memulihkan dan mentarbiah, bukannya menghukum. Ia bertujuan menyeimbangkan antara menjaga hak pihak yang tertuduh dengan hak mangsa dan keluarga mereka. Sama seperti sistem undang – undang common law, prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan dan proses penghakiman adil sememangnya dijalankan dengan ketat untuk memastikan keadilan. Pihak tertuduh akan dihakimi dalam mahkamah dan diadili oleh hakim yang bukan saja berkelayakan dalam syariah, malah terlatih dalam common law.
  • SPCO tidak menjenayahkan atau memangsakan status seseorang berdasarkan orientasi seksual atau kepercayaan, termasuklah yang berhubungan sejenis. Penjenayahan perbuatan zina dan liwat bertujuan menjaga kesucian keturunan dan perkahwinan terhadap individu Muslim, terutamanya wanita. Penghukuman itu tidak dibuat kepada bukan Islam kecuali perbuatan liwat itu dilakukan bersama seorang Muslim.
  • Hukuman hadd – merejam sampai mati dan potongan tangan, yang dikenakan kepada jenayah curi, rompakan, perzinaan dan liwat, memerlukan pembuktian yang tersangat ketat – iaitu memerlukan tidak kurang daripada dua ke empat lelaki yang bermoral tinggi dan warak sebagai saksi, dengan menolak sebarang bentuk bukti circumstantial, ditambah dengan piawai pembuktian yang sangat tinggi yang tiada langsung keraguan, yang lebih melangkaui piawai common law. Piawai kewarakan seorang saksi lelaki adalah tersangat tinggi sehingga ia begitu sukar tercapai pada waktu ini. Hukuman hadd ini mungkin hanya tercapai sekiranya pelaku itu sendiri yang mengakui kesalahan. Tidak seperti prinsip common law, perakuan digalakkan untuk ditarik balik, dan ia boleh dibuat bila – bila masa saja.
  • Hukuman bunuh untuk kes bunuh, yang juga berlandaskan piawai pembuktian yang sangat tinggi, boleh dielakkan sekiranya ahli keluarga mangsa memaafkan pelaku dengan pampasan wang, atas permintaan keluarga.
  • Hukuman hadd dan qisas dalam SPCO bukanlah undang – undang buatan manusia, tetapi ditetapkan Allah dalam al Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW, ini tidak boleh disalah fahami sebagai satu bentuk radikalisasi. – Fakir Ilmu

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

2 thoughts on “Brunei membalas kecaman PBB terhadap hukuman syariah

  1. Seeloknya Majlis Ugama Negeri negeri di Malaysia belajar dari Brunei mengenai perlaksanaan hukum hudud & qisas! Semestinya dgn restu Baginda Raja Raja negeri masing-masing!
    Allahu Akbar

  2. Syukur alhamdulillah terbaik Brunei negara yang kecil tetapi bijak yang sepatutnya dihormati olih negara kuasa besar yang tidak bijak dan tidak berpendirian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *