home Semasa China guna teknologi AI jejak etnik Muslim Uighur

China guna teknologi AI jejak etnik Muslim Uighur

 

HONG KONG: Pihak berkuasa China menggunakan satu sistem teknologi pengenalan wajah meluas untuk mengesan etnik minoriti Muslim Uighur di seluruh negara itu, menurut laporan New York Times.

Sebelum ini, Beijing dikritik secara meluas atas layanannya terhadap Uighur di wilayah Xinjiang, barat laut China di mana sehingga sejuta etnik majoriti Muslim itu ditahan dalam kem sementara, menurut data sebuah panel Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut artikel laman itu, kelmarin, teknologi pengenalan wajah terbabit dimasukkan kepada rangkaian kamera pemantau meluas di China, ia diprogramkan untuk mencari etnik Uighur berdasarkan penampilan dan bagi merekod pergerakan mereka di seluruh China.

Polis kini dilaporkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AS) untuk menyasarkan etnik Uighur di luar Xinjiang termasuk di bandar mewah seperti Hangzhou dan Wenzhou. Ia mendakwa, satu bandar utama yang diimbas mempunyai 500,000 Uighur dalam tempoh sebulan sahaja.

Pada 2017, Beijing mengumumkan rancangan untuk menjadi peneraju industri AI dunia. Namun, wujud kebimbangan di kalangan komuniti antarabangsa bahawa teknologi baharu itu akan digunakan untuk pemantauan polis, susulan ketegangan etnik ganas di negara itu. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *