home Semasa Forum bincang pengalaman wanita buka tudung disiasat JAIS

Forum bincang pengalaman wanita buka tudung disiasat JAIS

 

KUALA LUMPUR: Program pelancaran buku dan forum mengenai ‘Wanita Muslim dan Tudung’ yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor, pada Sabtu (13 April), akan disiasat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dalam satu kenyataan berkata, perkara itu diambil maklum dan dipandang serius.

“Pihak Menteri telahpun berhubung dengan JAIS memandangkan perkara ini berada dalam bidang kuasa Jabatan Agama Islam Negeri kerana program ini diadakan di Selangor.

“Difahamkan pihak JAIS telah mengambil maklum mengenai perkara ini dan dalam tindakan mereka.

“Sehubungan dengan itu, menteri yakin dan percaya pihak JAIS akan menjalankan siasatan terhadap perkara ini dengan adil dan sebaiknya,”

Program tersebut, digelar ‘Malay Women & Dehijabbing’ (Wanita Melayu dan Buka Tudung) berkisar perkongsian pengalaman tiga wanita bertudung sebelum menemui dunia baharu tanpa tudung.

Ia dilihat mendapat banyak maklum balas negatif daripada netizen. – Astro Awani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *