home Semasa Hina Nabi: Mujahid didesak ambil tindakan terhadap Asiah Jalil

Hina Nabi: Mujahid didesak ambil tindakan terhadap Asiah Jalil

 

BANGI – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Mujahid Yusof Rawa didesak supaya membuat kenyataan terbuka kepada rakyat negara ini supaya menghormati Islam sebagai agama Persekutuan.

Dewan Pemuda PAS Tasek Gelugor membuat desakan itu susulan melihat senario penghinaan terhadap Rasulullah ﷺ dan agama Islam semakin menjadi-jadi, termasuk kenyataan terbaharu yang dibuat feminis liberal, Asiah Abd Jalil, baru-baru ini.

Ketua Penerangannya, Mohd Khairil Haniff Arsyad berkata, tindakan sedemikian menunjukkan seolah-olah segelintir rakyat mengambil kesempatan di atas keterbukaan kerajaan hari ini.

“Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor dengan rasa tanggungjawab membuat laporan polis menuntut agar menteri agama, YB Datuk Mujahid Yusuf Rawa mengambil tindakan yang tegas ke atas Asiah Abd Jalil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Isnin lalu, Asiah sekali lagi memuat naik kenyataan menghina Rasulullah ﷺ , mendakwa Baginda ‘bersenang-lenang’ beribadah di Gua Hira dengan meninggalkan isteri dan anak Baginda di rumah.

“Banyak yang Nabi buat terhadap isteri-isteri baginda, saya tidak setuju dan tidak suka. Contohnya, Nabi senang-lenang beribadah di Gua Hira dengan meninggalkan anak-anak di bawah jagaan isteri seorang.

“Sesuatu yang pak lebai tabligh contoh dan amalkan hingga kini, nak beribadah tanpa gangguan katanya,” kata Asiah.

Asiah turut mendakwa bahawa Islam tidak pernah menghapuskan sistem perhambaan.

Menyifatkan kenyataan aktivis liberal itu bersifat jahat, Mohd Khairil mendesak Mujahid supaya membuat kenyataan terbuka kepada semua rakyat Malaysia untuk menghormati Islam sebagai agama Persekutuan, selain mengajak menghormati agama lain di negara ini.

“Dalam masa sama, kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor mengajak Puan Asiah Abd Jalil agar bertaubat dan menginsafi atas kenyataan jahatnya terhadap Rasulullah ﷺ dan Islam,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

4 thoughts on “Hina Nabi: Mujahid didesak ambil tindakan terhadap Asiah Jalil

  1. Olih kerana kerajaan sekarang sangat lemah mempertahankan kesucian ugama islam desakan demi desakan serta undang undang olih raayat adalah jalan yang terbaik.

    1. What do u mean lemah? Are we not allowed to go to masjid. are we not allowed to be staunch muslims like doing
      all the sunnah, B4 we can accuse anybody of anything can we look around our family first. what have we done to make sure our generations are in the right path? do we care if they play video games instead of learning arabic.Are we going to blame the Govt when we do nothing to uplift our islamic understanding and beliefs when all the facilities are there for us to learn. The govt did not limit or restrict us from learning Islam and how much have u learned about Islam?

  2. Let Allah deal with her. i beg u all to let Dato carry on his work. Ada saja nak distract. it looks like his test is of the highest order. may allah guide him. Please jgn lah nak torture dia mentally. It looks like daily ada saja dajjal yg buat dia resah. all these dajjal are part and parcel of life. dont have to teach and tell Dato Menteri take care of this and that.

  3. Apalah malang nya kerajaan baru kita mempunyai menteri agama yg tidak peka dg hal hal agama. Kenapa perlu di desak baru nak bertindak..Ini soal agama soal aqidah dan penghinaan terhadap agama kenapa di ketepikan…Ini kah caranya kita mendaulatkan agama rasmi negara..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *