home Semasa Imbang kuasa besar China, India dan Barat matlamat jangka panjang politik Islam

Imbang kuasa besar China, India dan Barat matlamat jangka panjang politik Islam

 

MATLAMAT jangka pendek politik Islam di Malaysia sekarang ialah mendapatkan kembali dominasi kuasa politik di tangan orang Islam dan perkara ini masih jauh.

Kerjasama PAS dan UMNO hanyalah satu anak tangga sahaja daripada banyak anak-anak tangga cabaran yang perlu dinaiki demi mencapai matlamat jangka pendek di atas.

Selepas matlamat itu, cabaran yang menanti ialah persepakatan orang-orang Melayu atas satu agenda kebangkitan bagi mencapai matlamat jangka panjang; umat Islam nusantara menerajui kepimpinan Asia Tenggara dan negara-negara Islam lain yang boleh mengimbangi kuasa besar China, India dan Barat.

Saya yakin ramai yang tidak pernah terfikir apakah langkah seterusnya jika umat Islam kembali dominan dalam kuasa politik.

Ketahuilah, upaya nafas perjuangan kita berkadar langsung dengan visi yang kita miliki. Jika kecil visi untuk umat ini, maka pendeklah nafas. Jika besar visi, maka panjanglah nafas.

Semoga kita semua terpilih menjadi watak-watak yang menjayakan takdir Allah menurut undang-undang alam yang diciptakanNya bagi setiap kejayaan.

Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman
Naib Presiden BERJASA

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *