home Semasa Jangan sampai kurang ajar dengan tuhan

Jangan sampai kurang ajar dengan tuhan

 

BILA Puan tidak mahu jadikan Nabi sebagai contoh dalam bab rumah tangga, adakah Puan bersedia untuk tidak mendapat redha Allah?

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Al-Ahzab: 21)

Al-Qurtubi dalam tafsirnya menjelaskan bahawa perkataan “uswah” dalam ayat di atas bermaksud qudwah, dan Nabi dijadikan contoh ikutan dalam SEMUA perbuatan/perlakuannya (fi jami’ af’alihi).

Satu lagi soalan saya, adakah Puan sebenarnya tidak mencintai Allah dan mengharap cinta dan keampunan-Nya?

قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Ali-Imran: 31)

Berhati-hatilah dalam bicara soal Nabi sehingga campur aduk cerita dan fitnah yang tidak berasas. Jangan sampai kita kurang ajar dengan Allah dan Rasul-Nya!

Semoga kita semua terselamat dari fitnah akhir zaman yang dahsyat ini.

Ustaz Ahmad bin Khairuddin

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *