home Kolumnis, Semasa Persediaan para sahabat sebelum Ramadan

Persediaan para sahabat sebelum Ramadan

 

1. Para sahabat Rasulullah telah terdidik merindui Ramadan. Sebahagian mereka telah bersedia dengan lebih awal untuk menyambut Ramadan.

2. Seorang pembantu Saidina Ammar menyebutkan bahawa:

كان عمار يتهيأ لصوم شعبان كما يتهيأ لصوم رمضان

“Sesungguhnya Ammar akan menghidupkan puasa Sya’ban seperti mana dia menghidupkan puasa di bulan Ramadan.”

3. Saidina Anas pula menceritakan bagaimana suasana zaman mereka dahulu. Kata Anas:

كان المسلمون إذا دخل شعبان انكبوا على المصاحف فقرؤوها وأخرجوا زكاة أموالهم تقوية للضعيف والمسكين على صيام رمضان

“Sesungguhnya kaum Muslimin, ketika masuk nya bulan Sya’ban, mereka akan mula menatap mushaf (al-Quran), mereka membacanya dan mengeluarkan zakat bagi membantu orang miskin untuk berpuasa di bulan Ramadan.”

4. Manakala menurut Al-Imam Ibn Rajab Al Hanbali, puasa Sya’ban adalah persediaan terbaik dalam menyambut Ramadan. Kata Ibn Rajab:

صيام شعبان أفضل من صيام الأشهر الحرم. وأفضل التطوع ما كان قريبا من رمضان

“Puasa Sya’ban adalah lebih afdal daripada puasa di bulan-bulan haram. Malah ia adalah sebaik-baik puasa sunat yang dekat dengan Ramadan.”

5. Malah di bulan Sya’ban inilah kita perlu mempersiapkan diri bagi menyambut bulan yang sangat dirindui ini. Sudahkah kita qadha (menggantikan) puasa-puasa yang tertinggal dahulu?

Benarkah kata Amru ibn Qais yang menyebutkan:

طوبى لمن أصلح نفسه قبل رمضان

“Beruntunglah mereka yang mengislahkan (memperbaiki diri) mereka sebelum Ramadan.”

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *