home Semasa Mufti Perlis tegur politik ‘rahmatan lil alamin’?

Mufti Perlis tegur politik ‘rahmatan lil alamin’?

 

1. Kiriman terkini Mufti Perlis seakan meluahkan satu teguran indirect kepada konsep politik Rahmatan lil Alamin yang bersikap selektif. Beliau juga seakan memberi teguran sinis terhadap pendirian Pemimpin DAP yang menolak pandangan Dr Maszlee berhubung sikap rasis syarikat swasta di negara ini yang meletakkan syarat Bahasa Mandarin sebagai salah satu syarat bekerja dengan mereka.

Lihat: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/05/17/education-minister-maszlee-no-different-from-bn-politicians-claims-penang-d/1753839

2. Mufti barangkali turut menempelak sikap pemimpin DAP yang menolak tokoh pendakwah (Dr. Zakir Naik?) untuk menyampaikan khutbah di dalam Masjid. Malah sejak dari insiden itu, menurut Mufti Perlis, pimpinan DAP turut menyebarkan rasa benci terhadap tokoh pendakwah tersebut. (Sebelum ini pemimpin DAP tersebut pernah memanggil Dr. Zakir Naik sebagai Syaitan)

Lihat: https://www.malaysiakini.com/news/337379

3. Malah Mufti Perlis turut menegur sikap pimpinan Muslim yang diam seribu bahasa apabila kedudukan Islam dibuli. Kata beliau: “Sementara yang lain diam di sebalik ‘rahmat untuk sekelian alam’.”

4. Dengan itu haruslah kita berwaspada dan beringat, bahawa dalam memilih pemimpin, kita seharusnya menilai dari aspek mereka yang akan berjuang mempertahankan Islam. Bukan menyebabkan Islam dibuli seperti yang dinafikan oleh Wanji.

Semoga Allah membantu mereka yang berusaha memartabatkan Islam.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

One thought on “Mufti Perlis tegur politik ‘rahmatan lil alamin’?

  1. Itu lah sikap pimpinan DAP menyerang lawan sehingga meteka terasak kesudut n tidak bolih bertindak sewajar nya lalu menyerah kalah. Sekarang kita dah tahu tektik mereka kita tak bolih bertahan sahaja tetapi meyenyerang n terus menyerang balik dengan fakta2 n contoh2 sahih yang ada. Pokok nya tidak menyerah kalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *