home Semasa Sahifah Madinah dan hak keistimewaan orang Islam di dalam negara Islam

Sahifah Madinah dan hak keistimewaan orang Islam di dalam negara Islam

 

SAHIFAH (perjanjian) Madinah ditulis oleh baginda Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah selepas berhijrah. Untuk mentadbir sebuah Negara yang berbilang agama (Islam, Yahudi, Nasrani, Muyrikin, dll) baginda menulis perjanjian ini yang menjadi perlembagaan semua penduduk-penduduk di Yathrib ketika itu.

Dalam Sahifah Madinah terdapat beberapa akta yang menyebutkan dengan jelas berkenaan hak keistimewaan orang Islam berbanding dengan penganut agama lain di dalam sebuah negara Islam:

1. ولا يقتل مؤمن مؤمنا في كافر، ولا ينصر كافرا على مؤمن

Ertinya: Seorang mukmin yang beriman tidak boleh dibunuh dengan sebab membunuh seorang kafir, dan seorang mukmin dilarang membantu orang kafir untuk memerangi orang Mukmin.

Dalam akta ini dinyatakan dua perkara melibatkan hak orang Islam:

1. Seorang mukmin dari segi undang-undangnya tidak dihukum bunuh jika dia membunuh seorang kafir.
2. Seorang mukmin dianggap bersalah dan boleh dihukum jika dia membantu orang kafir dalam memerangi orang Islam.

Prof Dr. Syed Umar dalam menerangkan akta ini menyebut: Ini adalah keterangan bahawa ketinggian orang beriman ke atas orang kafir dan darah orang kafir tidak setaraf darah orang yang beriman, dan ianya juga menekankan hubungan rapat antara orang yang beriman dan kesetiaan mereka kepada satu sama lain, dan memutuskan hubungan persahabatan dan kesetiaan lama dengan orang kafir.

أ.د السيد عمر، وثيقة المدينة المنورة الدستور الانساني الأول، جامعة حلوان مصر، ص 134

2. وأنه لا يخرج منهم أحد إلا بإذن محمد

Eritnya: Tidak dibernarkan sesiapa keluar daripada Madinah kecuali dengan izin Muhammad SAW.

وأنه ما كان بين أهل هذه الصحيفة من حدث، أو اشتجار يخاف فساده، فإنّ مردّه إلى الله وإلى محمد رسول الله (صلى الله عليه وسلم)

Ertinya: Dan jika terdapat kejadian tertentu dalam kalangan mereka yang termasuk dalam perjanjian ini, ataupun pergaduhan yang dikhuatiri kerosakannya, maka rujukannya adalah kepada Allah SWT dan Muhammad Rasulullah SAW.

Dalam akta ini dinyatakan dua perkara melibatkan hak orang Islam:

1. Penduduk tidak dibenarkan keluar kecuali dengan kebenaran daripada Pemimpin Negara yang ketika itu orang Islam iaitu Rasulullah SAW.
2. Hak keistimewaan memutuskan undang-undang adalah di tangan Allah dan Rasulnya SAW. .

 

 

Dengan ini, jelas menunjukkan dalam perjanjian Madinah terdapat beberapa akta yang melibatkan keistemewaan orang Islam ke atas orang bukan Islam dalam sebuah negara Islam.

Dan juga, ianya menunjukkan bahawasanya umat Islam merupakan umat yang satu. Tidak boleh membantu orang kafir melawan orang Islam.

Tulisan ini bukanlah dituju kepada mana-mana pihak tetapi ianya menerangkan di dalam Sahifah Madinah terdapat hak-hak asasi orang Islam ke atas bukan Islam dalam sebuah negara Islam yang dianjurkan oleh baginda SAW.

Indahnya syariat Islam.

Ustaz Muhammad Ikram bin Abu Hassan

——

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

▪️ telegram.me/indahnyaislam
▪️ instagram.com/indahnya.islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *