home Kolumnis, Semasa Hentikan politik jijik, pandu politik dengan syarak

Hentikan politik jijik, pandu politik dengan syarak

 

1. Masih banyak janji manifesto yang belum terlaksana, masih banyak kekeliruan dalam konsep Rahmatan kerajaan, terkini rakyat dihidangkan pula dengan berita video lucah mirip Menteri kerajaan baharu.

2. Hentikan semua persaingan jijik ini. Ahli politik sepatutnya bersaing dalam menampilkan performance dan prestasi yang terbaik buat rakyat, bukan melondehkan aib sesama mereka.

3. Kerosakan sistem politik yang tidak dibimbing syarak hanya akan lebih menghancurkan nilai kemanusiaan. Bagaimana manusia tiada rasa malu mengaku berzina secara songsang? Bukankah ini menghilangkan nilai manusiawi? Atas dasar itu sistem politik seharusnya dipandu oleh syarak, tanpa Islam manusia tiada arah.

4. Buat ahli politik Muslim, tumpukan usaha membantu rakyat. Persaingan kuasa membinasakan umat.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *