home Dunia Islam, Semasa, Tokoh Syahidnya seorang Dr Morsi

Syahidnya seorang Dr Morsi

 

HARI ini dunia kehilangan seorang pemimpin yang berjiwa besar, pejuang agama dan rakyat yang menjadi saksi menegakkan kebenaran sehingga ke hembusan nafas yang terakhir. Sedikit perkongsian mengenai beliau:

PENDIDIKAN

1. BS Engineering, Cairo University

2. MS Metallurgical Engineering, Cairo University

3. PhD Materials Engineering, University of Southern California

KERJAYA

1980-an: Professor Madya, California State University

1985-2000: Professor, Zagaziq University

2000-2005: Ahli Parlimen Mesir

2011-2013: Ketua Parti, Freedom and Justice Party, sebuah parti Ikhwanul Muslimin.

2012: Presiden Mesir yang pertama dilantik secara demokratik

REVOLUSI

Revolusi mesir yang bermula pada tahun 2011 menyaksikan kebangkitan rakyat menentang regim Hosni Mubarak yang sarat dgn korupsi. 2012, Dr Morsi diangkat menjadi Presiden pertama yg dilantik secara demokratik. Beliau kemudian digulingkan semula tentera mesir pada tahun 2013.

 

 

PENJARA

Pada tahun 2006, beliau pernah dipenjarakan sebagai tahanan politik di bawah pemerintahan Hosni Mobarak Beliau ditahan sekali lagi pada tahun 2013 selepas peristiwa Coup D’Etat oleh regim tentera Mesir.

PENDIRIAN

Dalam masa setahun memerintah, beliau berusaha memperkukuhkan hubungan antara negara Islam dalam OIC, dan tegas menentang penjajahan Zionis di Palestin. Beliau juga tegas bersuara menentang penindasan Bashar Al-Assad di Syria.

Morsi ditikam belakang oleh Menteri Pertahanan beliau sendiri, Fattah Al Sisi. Semenjak digulingkan tentera diketuai oleh Al-Sisi, Morsi dijatuhkan pelbagai tuduhan tidak berasas untuk memastikan beliau dapat kekal tinggal di dalam penjara hingga akhir hayat.

Kematian As-Syahid Dr Morsi sudah tentu merupakan kehilangan besar bagi ummah. Perjuangan beliau memberi pengajaran bg kita bahawa perubahan yang kita idamkan tidak mampu berlaku dalam sekelip mata. Ia memerlukan pengorbanan, usaha berterusan, dan perjuangan yang bernafas panjang.

Banyak darah telah tertumpah di mesir, memberi peringatan bagi kita untuk memelihara pemerintahan negara. Dengan sekelip mata, segala-galanya boleh berubah, apatah lagi dengan campur tangan daripada golongan luar yang tidak mahu melihat syiar Islam tertegak.

Semoga Allah menerima kematian Dr Mohamed Morsi sebagai kesaksian terhadap kebenaran yang beliau perjuangkan.

Yusri Jamal

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *