home Semasa Tun Mahathir pertahan hak Malaysia tidak hantar pulang Zakir Naik

Tun Mahathir pertahan hak Malaysia tidak hantar pulang Zakir Naik

 

MELAKA – Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengulangi keengganan Malaysia membenarkan ekstradisi penceramah kontroversi dari India, Dr Zakir Naik.

Dalam kenyataanya kepada media, Mahathir menyamakan kes Zakir dengan usaha Malaysia membawa pulang bekas pegawai polis yang disabitkan membunuh, Sirul Azhar Umar, dari Australia.

“Kita minta Australia ekstradisi Sirul, dan mereka takut kita akan hantarnya ke tali gantung,” beliau dilaporkan berkata.

Mahathir berkata, Malaysia berhak tidak membenarkan Zakir di ekstradisi jika beliau tidak diberikan keadilan.

“Zakir umumnya berasa beliau tidak akan mendapat perbicaraan yang adil (di India),” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata, Malaysia tidak akan akur pada tuntutan negara lain dengan mudah.

Pada Julai tahun lepas, beliau berkata, “kita perlu kaji semua faktor sebelum bertindak. Jika tidak, akan ada orang yang menjadi mangsa”.

Pihak berkuasa India memfailkan tuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang berjumlah kira-kira RM115 juta terhadap Zakir, yang diberikan status pemastautin tetap di Malaysia.

Pada 16 Jun ini mahkamah di Mumbai dijangka membuat keputusan sama ada satu waran tangkap tidak boleh jamin perlu dikeluarkan.

Sekiranya dikeluarkan, India akan meminta bantuan Interpol bagi menahan Zakir dan membawanya pulang untuk dibicarakan. Beliau juga dituduh menimbulkan kebencian dan permusuhan antara pelbagai komuniti agama melalui syarahannya. – FMT

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *