home Semasa Arak tidak boleh ditempatkan secara terbuka: Jakim

Arak tidak boleh ditempatkan secara terbuka: Jakim

 

BANGI – Minuman dan makanan yang haram termasuk arak tidak boleh diletakkan di tempat awam secara terbuka dalam mana-mana kedai mahupun restoran.

Peraturan itu termaktub dalam penguatkuasaan sedia ada sehingga ke hari ini di bawah kawal selia Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Itu penegasan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Datuk Paimuzi Yahya yang turut menekankan supaya syarikat pengeluar minuman tidak halal jangan mengelirukan umat Islam dan patuh akan peraturan ditetapkan.

“Kita sudah tetapkan peraturan di kedai, jadi ikutlah yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa, PBT berkaitan. Kalau arak di mana tempatnya, dan tidak boleh terbuka untuk orang awam, kita tentukan di satu tempat itu.

 

 

“Restoran yang dapat sijil halal, jadi yang (produk) tak halal itu kita memang tak benarkan, sudah jelas dalam peraturan dikuatkuasa sekarang. Dengarlah nasihat, jangan mengelirukan masyarakat Islam,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Perasmian Pembukaan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (Kessuma) Peringkat Kebangsaan Ke-20 di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini.

Beliau mengulas mengenai tular promosi penjualan arak yang berlabel ‘zero-alcohol’ di sebuah kedai sebaneka baru-baru ini.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof menegaskan pengeluaran produk sedemikian bukan sahaja mengelirukan umat Islam, malah ia satu tindakan tidak baik. – Utusan Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *